Pakatan Harapan (PH) yang didominasi Democratic Action Party (DAP) ketika ini mempunyai kuasa penuh untuk menentukan calon dan kerusi bagi PH menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
PRN Johor akan berlangsung pada 12 Mac 2022 dan bagi pernamaan calon pula akan berlangsung pada 26 Februari ini dimana akan melibatkan banyak kerusi dipertandingkan dengan 3 penjuru atau lebih.
PH dan sekutunya yang baru (MUDA) akan bertanding 6 kerusi DUN iaitu DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai yang mana kerusi sebelum ini telah disandang oleh 2 kerusi BN dan 4 kerusi (PPBM + PH).
Manakala selebihnya nanti akan diagihkan kepada AMANAH dan PKR. DAP memainkan peranan penting kali ini bagi menarik kembali sokongan pengundi cina dimana undi cina menurun sejak PRN Melaka dan juga PRN Sarawak.
Nyata kegusaran DAP kali ini memuncak akibat kekalahan teruk di PRN Sarawak beberapa bulan lalu dan kini PRN Johor menjadi taruhan kerusi buat DAP.
Manakala PKR masih bergelumang dengan permasalahan pemilihan calon di sebahagian DUN-DUN yang mana mendapat penolakan dari akar umbi parti itu.
Sebagai mana berlaku di DUN Layang-Layang, akar umbi PKR menolak Dr. Mazslee Malek sebagai calon di DUN berkenaan kerana beliau telah mempunyai trek rekod yang buruk semasa PRU 14 yang lalu dengan berjanji akan menghapuskan tol di Simpang Renggam.
Anwar Ibrahim agak susah untuk mencari calon-calon yang sesuai kerana akar umbi parti itu mahukan calon yang mereka kenali dan bersama mereka sebelum ini serta tidak akan menerima calon bidang terjun di kawasan mereka.
Sementara itu, PH yang kini di ketuai oleh DAP sudah bergerak lebih awal dengan menerima sekutu baru iaitu MUDA kedalam gabungan tidak rasmi PH (DAP, PKR, AMANAH) dimana mereka sebelum ini sudah bekerjasama semasa PRU 14 ketika itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi Ketua Armada PPBM.
Kini dalam PRN Johor, sekali lagi mereka bergabung diatas identiti parti yang baru ditubuhkan untuk mengaburi mata rakyat setelah PPBM bakal lumpuh di Johor kali ini.
Rakyat Johor harus ingat sejarah hitam negara selama 22 bulan selepas PRU 14 lalu yang mana berlaku perkara-perkara diluar jangkaan rakyat sebelum ini.
Antara yang PH lakukan selama 22 bulan adalah memecat 17,OOO pegawai dan kaki tangan kontrak, hapuskan JASA, BTN,SERANTA,SPAD, pindahkan asset Tabung Haji RM19 billion ke syarikat bawah Kementerian Kewangan (MOF), Teo Nee Ching timbalan Menteri Pendidikan ketika itu wujudkan Petugas Khas untuk kaji pendidikan Islam dan yang bukan Islam boleh bagi pendapat, Jual asset LTAT termasuk hotel 5 bintang, 76% asset ladang TH (80,000 ekar) dijual dan Peguam Negara Thomas gugurkan semua dakwaan melibatkan orang merekadan lain-lain.