#PRNJOHOR : CINA MULA TOLAK DAP DI SKUDAI DAN BEBERAPA DUN


MALAM tadi berlangsungnya ceramah sulong DAP di dalam DUN Skudai yang melibatkan beberapa nama besar dari kepimpinan  DAP Pusat termasuk Penasihatnya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Gobind.


Dalam ceramah tersebut juga menampilkan calon DAP yang menjadi tunggangannya kini Marina Ibrahim kelihatan begitu mengecewakan kerana kehadiran pengundi cina tidak ramai yang ingin mendengar tetapi yang ada di tempat tersebut juga cepat-cepat meninggalkan ceramah yang bunyinya umpama orang sedang memekik.


Walaupun antara yang berceramah adalah nama besar DAP ianya jelas tidak mendapat sambutan seperti dulu sebelum PRU 14 lalu.


Selepas menjadi kerajaan pusat selama 22 bulan dan banyak melakukan kesilapan, pengundi-pengundi cina sudah kehilangan kepercayaan kepada DAP.


Menurut tinjauan, bangsa Cina Johor sudah muak dan kecewa dengan DAP dan Pakatan Harapan sejak mereka menipu di PRU lalu.


Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini tiada apa pun tawaran yang menarik dari DAP dan sekutunya dalam PH.


Ceramah yang tidak sampai 2 jam itu hanya dipenuhi dengan cerita mengutuk dan memfitnah BN yang mana menjadi seteru politik sejak dahulu lagi.


Ada yang meluahkan rasa kecewa kepada DAP kerana merosakkan hubungan dengan PKR. Bagaimana kemenangan boleh tercapai apabila mereka meninggalkan parti yang mempunyai banyak pengalaman dan bersungguh menggunakan MUDA pula sebagai rakan kongsi yang baharu.


Strategi salah ini adalah idea Kit Siang yang sudah tua kata seorang pengunjung di situ dan ianya mengeruhkan hubungan diantara DAP dan rakan sekutu dalam PH hari ini. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.