#PRNJOHOR : DAP ABANG BESAR, MUDA, AMANAH, PKR DAN PPBM IKUT STRATEGI PERANGNYA?


Parti Democratic Action Party (DAP) yang cukup sinonim dengan bangsa atau kaum Cina di Malaysia dan telah menjadi pilihan kaum tersebut bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 dan 14 yang lalu.

Pada PRU 14, Mei 2018 lalu telah menyaksikan terbentuknya kerajaan baru Pakatan Harapan yang didukung oleh DAP (42), PKR (49), BERSATU (12) dan PAN (10) selain WARISAN (8) apabila pada malam berkenaan mereka menguasai kerajaan selama 22 bulan.

Selepas pengkhiatan PPBM atau Bersatu yang diketuai Tan Sri Muhyiddin  Yassin keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari 2020 dan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad (24.2.2020) sebagai Perdana Menteri menyebabkan kerajaan PH terbubar.

Selepas beberapa hari Muhyiddin telah mengumumkan beliau mempunyai cukup Akuan Bersumpah (SD) untuk menubuhkan kerajaan baharu yang mana beliau sebagai Perdana Menteri yang ke 8 dalam sejarah Malaysia bersama PAS, UMNO dan GPS.

Selain Muhyiddin dengan 11 ahli parlimen PPBM dan diikuti 11 orang lagi dari PKR yang berhaluan kiri bersama-sama Azmin Ali turut bersama dalam kerajaan baru yang dipimpin Muhyiddin yang diberi nama kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan hanya bertahan selama 16 bulan sahaja.

PAS yang menyertai parti PN selepas menerima pelbagai jawatan dalam kerajaan PN turut sama meninggalkan Muafakat Nasional (MN) selepas 14 September 2019 dimenterai piagam bersama UMNO di PWTC.

Kini kerajaan Malaysia yang dipimpin Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO) sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9 pada 21 Ogos 2021 lalu sedikit goyang apabila sentiasa diugut oleh mereka yang tidak bersetuju dengan dasar ‘Keluarga Malaysia’yang dibawa oleh beliau.

Oleh kerana beliau mempunyai dokongan yang kuat dari 43 ahli parlimen UMNO, maka ugutan-ugutan itu menjadi kecil kerana kuasa pembubaran sepenuhnya Parlimen Malaysia terletak ditangan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden 1, UMNO Malaysia dan jika beliau ditekan lagi tidak mustahil akan berlaku PRU ke 15 dalam masa terdekat ini.

Sementara itu seperti yang dijangkakan, DAP memimpin PH sejak dari awal penubuhan gabungan parti politik yang mana anti Barisan Nasional (BN). Malah ketika penubuhan Pakatan Rakyat (PR), DAP juga adalah tunjang utama bagi penubuhan gabungan tersebut.

Segala perancangan dan halatuju gabungan itu kesemuanya dibuat oleh DAP, parti lain hanya perlu angguk sahaja. 

Menurut sumber dalam PH, DAP juga memainkan peranan dari segi sumbangan kewangan untuk perjalanan kempen menyerang UMNO dan BN.

Di pilihanraya negeri Melaka, DAP dikatakan telah memulakan jarum halusnya memujuk kesemua parti politik yang anti UMNO dan BN supaya bergabung untuk membentuk kerajaan negeri sekiranya mereka menang pilihanraya tersebut.

Walaubagaimanpun keputusan pilihanraya negeri Melaka tidak memihak kepada PH dan PN namun usaha DAP untuk menggabungkan kesemua parti yang melawan UMNO dan BN sudah nampak kejayaannya.

Kemuncaknya kali ini di pilihanraya negeri Johor, DAP dikatakan sudah duduk bersama hampir kesemua parti yang membuat keputusan untuk berlawan dengan UMNO dan BN yang mana akan berlangsung pada 26 februari ini.

Menurut sumber, pertemuan DAP dengan parti-parti yang berkenaan dikatakan dibuat di Publika Kuala Lumpur beberapa hari lalu. ADAKAH Muhyiddin terlibat sama dalam pakatan kali ini dengan misi menumbangkan UMNO BN?

JIKA Muhyiddin terlibat, APAKAH bakal berlaku kepada PAS?


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.