#PRNJOHOR : LAGI MEMORANDUM AHLI PAS JOHOR KEPADA PIMPINAN PAS NEGERI SERTA PUSAT

BEBERAPA hari lalu tular satu keratan surat yang dihantar melalui aplikasi MEDSOS yang mana tajuk utama “ MUAFAKAT NASIONAL – OK, PERIKATAN NASIONAL – KO”.

Surat tersebut yang bertarikh 13 Februari 2022 dari seorang ahli tegar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dimana penyokong kuat MN di Parlimen Muar dan Negeri Johor telah menghartar surat tersebut ke pejabat PAS kawasan Muar.

Dalam kandungan surat tersebut menyatakan 6 perkara diantaranya,

1. Kami terpanggil untuk nyatakan perkara yang sama sepertiman sahabat kami yang menghantar momoredum di Pejabat PAS Batu Pahat baru-baru ini yang mahukan isu Muafakat Nasional diperkukuhkan dan bukannya dirobohkan.

2. Sebagai pendokong parti PAS sejak awal lagi, kami dapati parti ini terus berada did dalam skop politik negeri Johor jika berada didalam Muafakat Nasionalk namum akan terkubur jika memilih beraa dalam Perikatan Nasional.

3. Kami sangat berharap, pimpinan negeri yang kami akaui lebih selesa berada di dalam MN, bersuaralah demi kebaikan PAS Negeri Johor. Kami percaya rakan MN akan memahami keadaan ini.

4. Kekalahan hamper pasti jika pimpinan di pusat memilih untuk bersama Perikatan Nasional!

5. PAS Johor tidak sama dengan PAS Kelantan mahu pun PAS di Terengganu, untuk itu adalah amat wajar pimpinan di peringkat pusat mendapat maklum terslebih dahulu akan keadaan keharmonian MN Johor sebelum membuat keputusan.

6. Kami tidak mahu dipergunakan atau digula oleh rakan di dalam PN dalam menghadapi pilihanraya Johor ini.

“Tenaga kami serta undi kami adalah untuk lambang PAS sahaja”

Mengikut kenyataan tertulis disurat tersebut bahawa wakil ahli PAS kawasan Muar telah menghantar momerandum tersebut dan telah diterima oleh pejabat tersebut.

ADAKAH SUARA AHLI PAS JOHOR INI AKAN MERUBAH KEPUTUSAN HADI AWANG?


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.