#PRNJOHOR : MUHYIDDIN MULA MENYERANG PERDANA MENTERI ISMAIL SABRI - VIDEO


DALAM satu ceramah Parti Perikatan Nasional (PN) yang diadakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor beberapa hari lalu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Presiden PPBM mula menyerang Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob. 


Dalam video yang berdurasi 29 saat itu tular bahawa Muhyiddin berkata selama beliau menjadi Perdana Menteri selama 16 bulan, beliau telah meluluskan 3 kali pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) kepada pencarum.


Katanya, beliau mengarahkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berbincang dengan KWSP untuk keluarkan wang tersebut kepada pencarum yang memerlukan seperti i-sinar, i-citra dan i-lestari.


"Saya suruh keluar… keluar.. keluar wang KWSP dengan segera… tanpa didesak oleh mana-mana pihak.. itu adalah arahan dari saya sebagai perdana menteri…", katanya.


https://sumberkini.my/i-citra-pemuda-umno-komited-perjuang-suara-rakyat/ 


https://malaysiagazette.com/2021/12/18/pengeluaran-i-citra-pemuda-umno-tidak-berganjak/ 


https://suaramerdeka.com.my/tujuh-senario-kesusahan-untuk-memohon-pengeluaran-i-sinar-kwsp/ 







Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.