#PRNJOHOR : PELUANG MAHATHIR MEROMPAK KEKAYAAN NEGERI JOHOR MENERUSI PARTI PEJUANG?

Parti Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mula timbul didalam arena politik tanah air selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari zon kritikal Institut Jantung Negara (IJN) beberapa minggu lalu dan kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Semalam PEJUANG menawarkan menifestor baru kepada rakyat Johor dengan tema “Kerajaan Penyayang Untuk Rakyat Johor” yang diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan berkata tawaran itu selari dengan kehendak rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap keperluan mereka dan benar-benar membela nasib rakyat.

PEJUANG yang tidak mengambil bahagian pada PRN Melaka dan Sarawak sebelum ini, mengumumkan akan bertanding di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, secara solo.

Jumlah kerusi yang bakal ditandingi PEJUANG adalah yang tertinggi dalam kalangan parti pembangkang malah menyamai jumlah kerusi ditandingi UMNO dengan kesemuanya melibatkan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Mukhriz juga bakal menjadi ‘Poster Boy’ bagi partinya yang mana sekaligus sebagai calon Menteri Besar Negeri Johor yang baharu selepas PRN kali ini.


Selain itu sejarah Mukhriz dan Mahathir  yang  sudah hilang punca sebelum ini membuatkan mereka cuba meraih simpati rakyat Johor. PEJUANG parti baharu yang ditubuhkan Mahathir selepas beliau dipecat oleh Muhyiddin dari PPBM yang juga parti ditubuhkan oleh beliau.

Walaupun pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun melalui tiket Barisan Nasional, Mahathir sudah tiada apa lagi yang boleh ditawarkan kepada rakyat.

Segalanya nampak hambar dan retorik. Semuanya kerana selama 22 bulan menjadi perdana menteri atas tiket kerajaan pakatan harapan, segalanya punah.

Janji yang dibuat melalui manifesto pilihanraya umum ke 14 dikatakan bukan janji kerana Mahathir sendiri menjelaskan bahawa manifesto bukanlah kitab suci.

Ketika kali kedua menjadi perdana menteri, selama 22 bulan bersama DAP, PKR dan PAN, Mahathir banyak menyakitkan hati rakyat. Malah Mahathir menjadi perdana menteri kepada kerajaan yang sombong dan bongkak.

Rakyat diminta ikat perut selama 22 bulan. RM30 melalui program e-wallet dikatakan begitu menghina rakyat sedangkan menteri pakatan harapan dilihat bermewah. Kerajaan pakatan harapan turut dilihat menjarah apa sahaja harta strategik milik rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan namun tiada sedikit pun imbal balas kepada rakyat. Ekonomi negara dan kantung rakyat rabak teruk.

Keluarga Mahathir sehingga ke cucunya turut dipertontonkan semakin mewah. Hidup cucu Mahathir setaraf selebriti Holywood.

ADAKAH rakyat JOHOR mahu diTIPU buat kali ke dua apabila memilih PEJUANG, PN dan PH dalam PRN ini?



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.