ADAKAH rakyat atau pengundi Negeri Johor BODOH?
Dalam satu surat terbuka, pengasas bersama Muda Lim Wei Jiet
berkata dia tahu ramai orang Johor di Singapura yang tertanya-tanya apa
perlunya mereka mengundi pada PRN nanti, selepas melihat mandat yang diberikan
pada PRU lalu dikhianati oleh sesetengah wakil rakyat yang mereka undi.
“Benar, saya mengerti apa yang dirasai”
“Tapi saya juga mengerti yang inilah yang dimahukan ahli
politik korup dan tidak bermoral di belakang Langkah Sheraton. Jangan salah
sangka: matlamat mereka pada masa itu bukan hanya untuk merampas Putrajaya.
Matlamat mereka adalah untuk hancurkan semangat rakyat - untuk membuatkan saya,
anda dan kita semua hilang kepercayaan kepada system”
Rakyat tidak pernah percaya pada MUDA. Syed Saddiq yang
dilihat "gila glamour" tidak akan mampu menjaga kepentingan kita.
PRN Johor diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai hari penamaan calon dan 12 Mac untuk hari mengundi.
SEBENARNYA rakyat Malaysia masih ingat kisah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menghadapi empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, menyalahgunakan wang sumbangan dan pengubahan wang haram.
Bagi pertuduhan pecah amanah, Syed Saddiq, didakwa sebagai
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU), yang diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, melakukan pecah
amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta
melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan
Tertinggi Bersatu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad,
Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6
Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut
Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun
dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan wang
sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000 yang dikutip
melalui akaun Maybank Islamic Berhad, milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad,
Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018
dan dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara
tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh
dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pada 5 Ogos di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Syed Saddiq
didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang
masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam
akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang juga hasil daripada aktiviti haram
yang didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman
Perling, pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntuk hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.
Oleh itu, apabila Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)
menggesa pengundi di Johor yang tinggal di Singapura untuk turun membuang undi
mereka, walaupun kecewa dengan suasana politik Malaysia mutakhir ini kononnya
ahli politik korup dan tidak bermoral, rakyat Johor rasa MUDA sedang berada
dalam keadaan "syok sendiri".
MUDA lupa yang parti mereka diasaskan oleh Syed Saddiq yang korup.