#PRNJOHOR : SKRIP 'KLUSTER MAHKAMAH' TIDAK AKAN UBAH KEPUTUSAN PENGUNDI 13 MAC INI

  


“Apakah PRN Melaka telah memberi kesan kepada mahkamah seperti yang mereka turut jaja ketika itu?

“Apa yang pasti PRN Melaka telah memberi kesan kepada PH/PN yang ‘originnya’ berbohong dan menipu untuk menang pilihan raya"

Beliau berkata, rakyat perlu memahami bahawa PH dan PN menciptakan tindakan mahkamah terhadap pimpinan BN sejurus mereka berkuasa.

Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak pernah berkait tentang sebarang kes mahkamah.

Sebaliknya, beliau berkata, istilah kluster mahkamah yang sering disebut oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) adalah naratif untuk memperdaya undi rakyat sekali lagi.

“Yakinilah PRN Johor sama seperti PRN Melaka tidak pernah berkait tentang apa-apa kes mahkamah.

“Merekalah yang mengenakan tindakan mahkamah terhadap seteru politik selepas sahaja menang PRU14. Dan sejurus itu juga mereka ke sana ke sini menjaja pemimpin BN sebagai kluster mahkamah,” katanya.

Tambah beliau, apa yang diusahakan BN adalah sama seperti PRN Melaka, iaitu berkait usaha mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kemajuan.

SPR menetapkan hari pengundian PRN Johor pada 12 Mac dan pengundian awal pada 8 Mac depan.


Seramai 2,574,835 pengundi biasa daripada keseluruhan 2,597,742 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN itu.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.