#PRNJOHOR : SYED SADDIQ TURUT MENGIKUT MAHIADDIN TIDAK BERTANDING DALAM PRN KALI INI?

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini sedar bahawa beliau adalah seorang KLUSTER MAHKAMAH dan sedang menghadapi empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, menyalahgunakan wang sumbangan dan pengubahan wang haram dimana kemungkinan beliau akan disabitkan bersalah selepas penghakiman selesai nanti dan seluruh rakyat Johor pun tahu dia sekadar mahukan populariti semata-mata didalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Dengan pertuduhan pecah amanah, Syed Saddiq, didakwa sebagai bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

 Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad, milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018 dan dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 5 Ogos di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang juga hasil daripada aktiviti haram yang didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntuk hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

PRN kali ini juga, beliau sudah dapat menjangkakan kebarangkalian Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan kalah disemua kerusi sangat tinggi serta memilih untuk bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN yang diadakan tidak lama lagi dan menumpang sedikit populariti serta jentera Pakatan Harapan (PH) bagi menyertai PRN kali ini.

Beliau juga sedar bahawa prestasi buruk PH dalam PRN Melaka dan PRN Sarawak dimana PH telah ditolak oleh rakyat selepas gagal mentadbir negara selama 22 bulan yang lalu. Itu juga menyumbang kepada keputusan MUDA untuk menggunakan logo sendiri selain dari sebab penyertaan kali pertama mereka dalam pilihan raya.

"Ini adalah pilihan raya pertama kami dan kami akui kami ialah underdog tetapi ingin memberikan tawaran khidmat serta pembaharuan dasar yang terbaik untuk jadi pembangkang atau insya-Allah pada masa akan datang (dalam) kerajaan.

"Tetapi pembangkang yang berpadu, bermaruah, berprinsip, berintegriti dan yang akan sentiasa mempertahankan isu-isu rakyat secara lantang di dewan undangan negeri (DUN). Sebab itu, kita akan gunakan logo dan identiti Muda," katanya dipetik daripada wawancara Sinar Harian Online, hari ini.

MUDA mendapat restu dan daripada DAP serta mencapai kesepakatan dengan Amanah dalam isu pembahagian kerusi pada PRN Johor.

Parti itu diberikan kerusi dan ruang bertanding di enam kerusi iaitu DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai yang mana sebelum ini 2 kerusi dari BN dan 4 kerusi milik PPBM.

Syed Saddiq dipetik sebagai berkata, keutamaan Muda kini adalah mencalonkan muka baru bagi membawa nama parti berbanding meletakkan dirinya secara individu.

Ahli Parlimen Muar itu yang kini masih berahsia sama ada akan turut bertanding atau sebaliknya.

Adakah Syed Saddiq seperti Muhyiddin, takut bertanding dalam PRN Johor?

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.