SEPAK TAKRAW : SOBEY KEMBALI KE KEM NEGARA, WALAU DISISIHKAN OLEH PASUKAN NEGERINYA (TERENGGANU)

Zulkifli Abdul Razak (Sobey) dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi (Panjang), adalah pemain sepak takraw negara yang membawa pulang Pingat Emas Sukan Asia 2018 di Bandar Sukan Jakabaring, Palembang.

SOBEY dan rakan-rakan memberikan kilauan emas kepada Malaysia ketika itu dijulang sebagai wira kerana telah mengembalikan pingat emas selepas 24 tahun tidak mengucupnya, beliau yang juga anak jati negeri Terengganu yang memberikan sebaik mungkin persempahan ketika final dalam kejohanan tersebut.

Kini beliau dan Panjang akan kembali memperkuatkan barisan sepak takraw negara bagi menghadapi dua kejohanan penting bagi sukan itu walaupun didalam Sepak Takraw League (STL) 2022 SOBEY tidak diterima untuk berbakti kepada negeri kelahirannya kerana BIROKRASI pihak yang bertanggungjawab terhadap pemain-pemain Terengganu.

MENURUT petikan BERNAMA, dua pemain senior, SOBEY dan PANJANG, bakal menjadi tonggak utama skuad negara bagi dua temasya penting tahun ini iaitu Sukan SEA dan Sukan Asia.

Ketua jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan Abdul Talib Ahmad berkata pemilihan pemain lain akan diputuskan berdasarkan penilaian prestasi ke atas mereka sepanjang kempen Liga Sepak Takraw (STL) yang sedang berlangsung bermula awal Februari.

"Saya juga ingin mengingatkan kepada pemain muda supaya menunjukkan prestasi permainan yang terbaik dalam STL kali ini untuk mendapat tempat ke Sukan SEA dan Sukan Asia," katanya baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Abdul Talib melihat para pemain muda dan senior menunjukkan kekuatan masing-masing pada saingan STL kali ini, menjadikan kekuatan sesebuah pasukan itu lebih seimbang.


"Kalau kita lihat dalam rekod perlawanan, kebanyakannya berlaku 'tie break' dan elemen-elemen dari segi pertahanan saya nampak lebih meningkat daripada saingan sebelum ini," katanya.

Pada masa sama, Abdul Talib telah mengenal pasti beberapa pemain muda yang menunjukkan mutu permainan yang baik dalam menyaingi pemain senior dalam STL kali ini.

"Ada juga pemain junior yang boleh mengalahkan pemain senior, tapi saya rasa ada kemungkinan pengalaman itulah mereka perlu lebih, supaya kita boleh seimbangkan pasukan," katanya. 

FOTO FAIL 2017 | STL-UTUSAN




Tags

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.