Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyatakan kesediaan MUDA untuk menyertai pilihan raya negeri (PRN) Johor kali ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Muar berkata, kesedian MUDA untuk bertanding dalam PRN kali ini diatas faktor menolak kerakusan kuasa yang telah ditunjukkan oleh sebahagian wakil rakyat yang ada didalam kerajaan hari ini didalam satu kenyataan sebelum ini?
Katanya, PRN kali ini juga adalah permulaan bagi MUDA untuk melakukan perubahan didalam dewan undangan negeri (DUN) Johor dan mengajak rakyat Johor menyokong perjuangan parti itu.
Beliau
secara rasminya berkongsi pautan sumbangan sukarelawan MUDA yang mana akan
digunakan untuk pilihanraya yang dijangka akan berlangsung pada awal mac ini.
Masihkah rakyat Johor ingat dan percayakan dengan Syed Saddiq ini? Sedangkan beliau sendiri telah terlibat dengan pecah amanah dengan menyalahgunakan kuasa berkaitan wang sumbangan parti ketika menjadi Ketua ARMADA sebelum PRU 14.
Apabila sudah berkuasa, mereka lupa kepada janji mereka kepada rakyat dan terlibat dengan gerjala pecah amanah sepertimana berlaku yang melibatkan wang RM 1 juta yang tidak sampai 2 tahun memegang jawatan dalam kerajaan.
Beliau juga tergolongan dari kalangan KORUP, PECAH AMANAH, KLUSTER MAHKAMAH antara wakil rakyat muda sama-sama mengambil kesempatan diatas undi yang rakyat berikan.
Kini beliau menagih sumbangan rakyat dengan menggunakan nama sukarelawan untuk meraih kewangan bagi menjayakan misi MUDA bertanding dalam PRN Johor kali ini.
ADAKAH rakyat Johor masih mempercayai Syed Saddiq ini, sedang tidak sampai satu penggal menjadi wakil rakyat telah melakukan pecah amanah dalam parti yang beliau dokong sebelum ini dan kini cuba maraih sumbangan dengan menggunakan nama SUKARELAWAN.
Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.
Syed
Saddiq ketika hadir untuk didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas satu
pertuduhan pecah amanah membabitkan dana sebuah parti politik berjumlah RM1
juta dan pertuduhan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen
PRU14.