TERKINI: Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) Atas Tanah Sendiri Tahun 2022


 


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

 

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

 

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah:

 

Harga & Reka Bentuk RMR

Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:


1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

Harga: RM75,000

Subsidi pembinaan: RM20,000

Jumlah Pinjaman: RM55,000

Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300

 

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

Harga: RM85,000

Subsidi Pembinaan: RM20,000

Jumlah Pinjaman: RM65,000

Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350

 

3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

Harga: RM75,000 – RM106,000

Subsidi pembinaan: RM20,000

Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500

Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470

 

Syarat Kelayakan Permohonan

·         Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR:

·         Warganegara Malaysia

·         Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas

·         Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000

·         Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna

·         Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik

·         Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

 

KETAHUI LANJUT

  • Cara Membuat Permohonan RMR
  • Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:
  •         Secara Online
  •         Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/
  •          Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
  •          Setelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang didaftar
  •         Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  •         Lengkapkan borang yang dikehendaki
  •          Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  •          Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

 

SECARA MANUAL

·         Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

·         Dokumen Yang Diperlukan

·         Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR:

·         Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaa)

·         Salinan kad pengenalan tuan tanah

·         Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)

·         Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.

·         Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*

·         Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*

·         Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah

·         Salinan sijil nikah pemohon

·         Borang laporan tapak bergambar

 

NOTA:

·         Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

·         SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

·         Semakan Status Kelulusan

·         Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

·         Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

·         Tanggungjawab Pemohon

·         Pemohon RMR bertanggungjawab untuk:

·         Mengisi dan melengkapkan borang permohonan

Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi

Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik

Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan

Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.