Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam menyatakan bahawa selama 22 bulan menjadi kerajaan pusat selepas pilihanraya umum (PRU) ke-14 lalu adalah satu kesilapan Pakatan Harapan (PH).
Beliau
berkata demikian semasa melancarkan jentera piliharaya negeri (PRN) Johor bagi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram semalam menerusi secara langsung di ‘facebook’
beliau.
Katanya,
kita tidak boleh menafikan sepenuhnya kesalahan dan kegagalan kita semasa
menjadi kerajaan kerana banyak perkara yang kita tidak boleh mengawalnya.
“kita
harus menerima kegagalan itu dan memperbetulkan segalanya agar, kita dapat
mengembalikan sokongan rakyat kepada PKR dan PH, walau bagaimana pun dalam PRN
Johor kali ini kita mesti memperkuatkan jentera parti untuk bekerja semasa PRN
ini”
“kegagalan
kita selama 22 bulan itu juga membuatkan rakyat menolak kita hari ini, sedangkan
disebelah sana juga mempunyai mereka yang korupsi, kluster mahkamah dan
sebagainya”
“pengkianatan
dari sebuah parti juga menumbangkan kita (PH) dari terus berkuasa sehingga PRU
ke-15”, katanya lagi.
LINK : https://fb.watch/a-gD9n1k53/