VIDEO : BUKTI SYED SADDIQ MAHU SUBJEK AGAMA DIHAPUSKAN Di IPTA/S


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Presiden MUDA yang juga ahli Parlimen Muar mencadang mansuh subjek  berkaitan agama sebagai subjek wajib di universiti.


Pemikiran yang diungkapkan Syed Saddiq bahawa subjek agama tidak diperlukan di universiti sebenarnya bukan perkara baru. Di Malaysia sendiri ramai berfikir seperti itu, bagi mereka yang penting adalah employability dan kebolehpasaran pelajar, subjek agama tidak berguna bagi mereka dalam menyediakan graduan yang mahir. 


Pemikiran sekular seperti ini sudah lama diamalkan di Eropah dan Barat. Mereka fikir umat Islam pun perlu ikut ke arah yang sama, agama adalah urusan peribadi tidak perlu ada dalam kurikulum universiti. Mereka perlu faham Malaysia bukan seperti Eropah, ia ada identiti dan sejarah sendiri dan kita tidak perlu menjadi seperti Eropah untuk maju. Pemikiran seperti ini sebenarnya mencerminkan pengaruh kolonialisme dan eurosentrisme. 


Gagasan universiti sendiri datangnya daripada Peradaban Islam, Eropah ambil daripada umat Islam. Agama adalah ilmu yg universal (kulliyyah) yang menyatukan particulars (fakulti-fakulti yang pelbagai). 


Tanpa ilmu yg universal tidak ada universiti yang ada hanyalah partikulariti. Justeru, universiti dunia telah menyimpang jauh dari gagasan sebenar. Kerana itu kita perlu perkukuhkan semula ilmu2 universal dan bukan hanya pengkhususan2 yang sempit seperti hari ini. Akibatnya Manusia semakin hilang kemanusiaannya, kebudayaannya dan nilai2 sejagat.


Mengenai gagasan universiti ini dan gagasan universiti Islam, Prof. SMN al-Attas ada membahasnya dalam buku Islam dan Sekularisme (1978) yang saya telah terjemahkan ke dalam bahasa Melayu.


https://www.facebook.com/100044162723031/posts/526996705449082/


Baru beberapa minggu Syed Saddiq mencadangkan supaya mata pelajaran berkaitan agama tidak diwajibkan kepada para pelajar di universiti, hari ini telah ada universiti awam yang menghapuskan mata kuliah berkaitan agama sebagai kursus wajib universiti. Seperti saya katakan sebelum ini, sebenarnya ramai pemimpin Melayu yang berfikiran sekular baik secara sedar mahupun tidak sedar. Ketika mereka berkuasa jika boleh segala yang berkaitan dengan agama di ruang awam akan dihapuskan, kerana agama dilihat sebagai penghalang kepada kemajuan.


Menteri bertanggungjawab untuk memastikan bahawa para pentadbir universiti awam tidak berfikiran sekular. Tindakan mereka jelas bercanggah dengan falsafah pendidikan negara dan Perlembagaan Persekutuan. Sikap apologetik mereka ini disenangi oleh orang bukan Islam yang mahukan semua agama disamaratakan. Mereka khuatir jika pelajar bukan Islam didedahkan dengan agama Islam dan tamadun Islam mereka akan memeluk agama Islam. Kita berhujah sebaliknya inilah masanya mereka memahami pemikiran dan identiti orang Melayu, bahkan identiti negara. 


Hanya dengan cara ini akan wujud keharmonian dan saling hormat menghormati dalam masyarakat berbilang kaum. Jika bukan di universiti mereka didedahkan dengan budaya dan kepercayaan orang Melayu di mana lagi? Kita hairan, jika di Barat pun pelajar Muslim perlu mempelajari budaya dan falsafah Barat, mengapa di negara Umat Islam mereka enggan belajar tentang budaya dan tamadun Islam??


https://www.facebook.com/100044162723031/posts/532377954910957/


Teks atas ulasan Dr Khalif Muammar dan bawah respon isu berkaitan


https://www.facebook.com/100044496216937/posts/421998382626699/


https://www.facebook.com/mlstudiosmy/videos/169268428658134/


https://www.facebook.com/AjarMalaysia/videos/596930914976236/


https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/153838906940485/


Hasil pemikiran sekular bila berhujah


https://www.facebook.com/RintihanRakyat/videos/4510039775741920/


https://www.facebook.com/RintihanRakyat/videos/620602422701829/


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara  Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Kesimpulan sebagai orang Islam menuntut ilmu bukan sekadar untuk bekalan dunia tapi lebih penting dari itu..


Menuntut ilmu adalah sebahagian daripada ibadah, justeru ketika mana kita melaksanakan sebarang ibadah, maka niatlah yang paling diutamakan


Maka sebagai penuntut ilmu, ketika menuntut ilmu, perlulah berniat ikhlas hanya kerana Allah SWT semata-mata bukan kerana kebendaan sambil berharap dengan ilmu yang dipelajari dapat memperbaiki diri yang jahil dan dapat menyebarkannya kepada orang lain.



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.