VIDEO : HIMPUNAN WAKIL AHLI PAS, BANTAH KERJASAMA DENGAN PERIKATAN NASIONAL



SEBAHAGIAN ahli-ahli PAS Kawasan Batu Pahat semalam berkumpul selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Ismai, Batu Pahat dengan menyatakan bantahan berkaitan kerjasama PAS bersama PPBM dalam Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Jika kepimpinan PAS masih berdegil, mereka akan memprotes dengan pelbagai cara yang mana tidak akan melakukan kerja-kerja parti semasa PRN ini berlangsung.

SEBELUM INI PENGUNDI Johor terutama pengundi-pengundi tegarParti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Ketidakpuasan itu turut dinyatakan menerusi kain-kain rentang yang di gantung seluruh Johor dimana kepimpinan PAS perlu mengambil ikhtibar dari PRN Melaka beberapa bulan lalu.

Menurut sumber yang ditemui Malaysia-Hot disekitar Batu Pahat malam tadi yang juga ahli PAS Kawasan tersebut menyatakan bahawa semua ahli PAS di peringkat kawasan ini tidak mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional(PN).

Katanya, mereka mahu kepimpinan PAS menggunakan logo sendiri dalam PRN kali ini dan bukan logo PN sepertimana yang telah digunakan di PRN Melaka tempohari.


“Jika mereka berkeras dengan keputusan mereka, kami ahli-ahli PAS seluruh Johor akan membuktikan dan memastikan PN tidak akan memperolehi satu kerusipun kali ini, kerana dalam setiap pilihanraya kamilah  yang membuat semua kerja untuk menaikkan perjuangan parti”

“Masih belum terlambat untuk merubah keputusan itu dan kembalilah kepada perjuangan asal kita untuk menyatupadukan ummah dan kami semua sayangkan Muafakat Nasional yang telah dibina sejak 2019 yang lalu” , katanya.

Sehubungan dengan itu, malam tadi terdapat banyak kain-kain rentang yang telah dipasang sekitar negeri itu yang mana menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap kepimpinan dan keputusan terutama PAS .























Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.