VIDEO PANAS : KERAJAAN PAS TERENGGANU DISAMAN RM 500 JUTA KERANA LANGGAR SYARAT PERJANJIAN BALAK


Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu, dan Kerajaan Negeri Terengganu berhadapan dengan saman daripada syarikat pembalakan berkaitan kontrak  serta perjanjian yang dimeterai sebelum ini di batalkan.

Menurut sumber, tiga penama tersebut telah menerima bayaran premium dan telah melanggar terma-terma kontrak dengan syarikat pembalakan Zee Utuh Enterprise.

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu, dan Kerajaan Negeri Terengganu bakal di saman 500 juta ringgit oleh syarikat pembalakan bumiputera di Mahkamah Tinggi Kuala Terenganu.

Saman itu  telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 28 disember 2021 dibuat oleh Zee Utuh Enterprise selaku plaintif.

Zee Utuh Enterprise menuntut antara lain gantirugi melebihi 500 juta ringgit di atas dakwaan kegagalan pihak ketiga-tiga defendan mematuhi terma kelulusan kerja pembalakan di kawasan hutan simpan sungai nipah dan Hutan Simpan Rasau, Kerteh, Terengganu.

Bagaimanapun berlaku perlanggaran kontrak dan syarat oleh pihak defenden sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.

Prosiding writ saman hari ini dibuat secara atas talian di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

Plaintif diwakili peguam dari tetuan WM HAIDI & ASSOCIATES.

Mahkamah menetapkan 8 mac 2022 sebagai tarikh  pengurusan kes.

VIDEO BERKAITAN ARKID












PAS TERENGGANU SELEWENG KONSESI BALAK?

Segala-galanya kerana angkara kerajaan PAS Terengganu pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memerintah antara 1999-2004. Walaupun tempoh sepenggal sahaja menjadi kerajaan namun kesannya bukan sahaja kepada rakyat tetapi kerajaan negeri apabila disaman RM1 bilion oleh syarikat Bumiputera kira-kira setahun sebelum kerajaan negeri itu lingkup.

Angkara apa?

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.