VIDEO : TERESA KOK UGUT POLIS DALAM CERAMAH DI YONG PENG


Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok pada 26 Mac lalu dalam satu ceramah sulong parti itu di Yong Peng telah mencabar pihak Polis.

Beliau mengugut Polis yang berada dalam kawasan ceramah tersebut apabila di tegaskan bahawa SOP berkempen hanya dibenarkan sehingga jam 10.00 malam sahaja.

Katanya, jika pihak Polis tidak memberi kebenaran sehingga jam 10 lebih, tunggulah... jika kami (DAP) menjadi kerajaan semula dan akan merubah segalanya,

SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu dengan jelas menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa hari berkempen.

VIDEO SUMBER FB.

Berikut diantara ringkasan SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN;

*RUMUSAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENCEGAHAN COVID-19 BAGI PELAKSANAAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI JOHOR KE-15*


*1. MESYUARAT PARTI* 

*DIBENARKAN*

Individu Lengkap Vaksinasi

*Tertakluk 50% kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal*

QR Code MySejahtera dan pelitup muka

Kekerapan tidak melebihi 4 kali seminggu

Tidak lebih dari tempoh 2 jam.

*2. CERAMAH / SYARAHAN / KEMPEN*

*DIBENARKAN*

Di Pejabat Parti dan Bilik Gerakan Parti yang rasmi. 

Kehadiran *tidak boleh melebihi 100 orang, termasuk penganjur, urusetia, penceramah dan peserta* dengan penjarakan fizikal. 

Individu Lengkap Vaksinasi sahaja

QR Code MySejahtera dan pelitup muka

Penganjur perlu mendapatkan *PERMIT* dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) LENGKAP dengan Tarikh, Masa dan Tempat. 

*HANYA DIBENARKAN selama DUA (2) jam dan tidak melebihi jam 10.00 malam*. 

Premis yang terbuka atau tempat umum adalah *TIDAK DIBENARKAN*. 

Sebarang bentuk hiburan semasa berkempen *TIDAK DIBENARKAN*. 

Makanan yang disediakan hendaklah dalambentuk “PACK FOOD”

*3. KEMPEN ZIARAH RUMAH KE RUMAH*

*DIBENARKAN* 

*Disertai tidak melebihi lima (5) orang* 

Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan pemakaian pelitup muka.

*TIDAK DIBENARKAN* masuk ke dalam rumah untuk berkempen atau berjumpa dengan ahli rumah. 

Sebarang aktiviti pengedaran risalah atau pamphlet dibuat diluar pagar dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

*4. WALKABOUT*

*DIBENARKAN*

Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan pemakaian pelitup muka. 

*Hanya disertai oleh lima (5) orang peserta atau kurang*

*5. PEMASANGAN BUNTING / BANNER DAN PENGEDARAN PAMPHLET*

*DIBENARKAN* di dalam Kawasan Pilihanraya

*DIBENARKAN* pengedaran pamphlet bagi tujuan berkempen di peti-peti surat penduduk sekitar dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter serta memakai pelitup muka. 

*Dihadkan tidak lebih dari 3 orang untuk aktiviti pengedaran pamphlet*. 

Pengedaran pamphlet kepada orang awam secara bersemuka adalah *TIDAK DIBENARKAN*

*6. KEMPEN MENGGUNAKAN MEDIA MASSA DAN MEDIA CETAK*

Calon digalakkan menggunakan aplikasi social seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Wechat, Snapchat, Whatsapp, Telegram dan lain-lain aplikasi sebagai alat untuk menyampaikan kempen. 

Calon juga digalakkan menggunakan rangkaian televisyen untuk menyampaikan kempen. 

Calon juga digalakkan menggunakan akhbar tempatan untuk mempromosikan kempen

*7. KEMPEN MELALUI PEMBESAR SUARA*

Calon *DIBENARKAN* untuk berkempen melalui kenderaan yang di pasang dengan alat pembesar suara pada waktu yang ditetapkan dalam permit. 

Calon perlu mendapatkan *PERMIT* dari pihak polis. 

Tempoh masa dan lokasi untuk berkempen adalah tertakluk kepada permit yang diluluskan oleh pihak polis. 

Kenderaan yang di pasang dengan alat pembesar suara *TIDAK DIBENARKAN* berhenti di sepanjang laluan dalam menyampaikan ceramah. 

*8. BILIK JAWATANKUASA (BILIK GERAKAN PARTI)*

Hanya *SATU* Bilik Jawatankuasa (Bilik Gerakan Parti) dibenarkan untuk beroperasi dalam satu (1) Daerah Mengundi bagi setiap calon. 

*Had kapasiti adalah 50% daripada kapasiti ruang dan penjarakan fizikal*. 

Bilik Gerakan Kecil *TIDAK DIBENARKAN* untuk beroperasi

*9. JENTERA PILIHANRAYA BAGI PARTI - PARTI POLITIK / CALON – CALON PILIHAN*

Semua yang terlibat dikehendaki menjalani ujian RTK Antigen kendiri setiap dua (2) hari sepanjang kempen pilihanraya berlangsung, dengan kos di tanggung sendiri. 

Setiap keputusan ujian RTK Antigen kendiri (positif atau negatif) perlu di muat naik dalam aplikasi MySejahtera. 

*Hanya yang mempunyai keputusan negative DIBENARKAN terlibat dalam aktiviti sepanjang kempen   pilihanraya*. 

Bagi individu dengan keputusan positif, *TIDAK DIBENARKAN* terlibat dalam mana-mana aktiviti kempen pilihanraya dan mengikuti garis panduan sedia ada.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.