WAN SAIFUL TIDAK YAKIN BERSATU MENANG DALAM PRN JOHOR


Wan Saiful Wan Jan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang juga Ketua Penerangan PPBM adalah salah seorang pimimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU 14 memperjuangkan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman PTPTN kepada seluruh rakyat Malaysia.


Beliau antara yang lantang bercakap soal pendidikan percuma dan kini sunyi seperti disumbat dengan duit tabung berkenaan didalam mulutnya setelah mendapat jawatan dengan elaun puluhan ribu.


Menjelang Pilihan Raya Negeri(PRN) Johor pada awal mac ini, beliau sekali lagi cuba melaga-lagakan diantara YAB Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob dengan kepimpinan UMNO yang mana menyatakan bahawa PM dilantik ketika itu adalah cadangan dari Bersatu.


Penyataan itu jelas menyerang PM dan juga UMNO serta untuk memecah belahkan UMNO di saat PRN Johor. 


Barisan Nasional (BN) akan memberi tentangan hebat tentangan sengit kepada Bersatu selepas parti itu kalah teruk di PRN Melaka dengan pukulan (KO) sebelum ini.


Sudah beberapa kali beliau menyerang UMNO dan tindakbalas darinya Ketua Penerangan UMNO Sharil Hamdan Sufian menyatakan PPBM sudah mula kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri. Kenyataan begini hanya dibuat kerana PRN Johor makin dekat.


Katanya Shahril, pertamanya UMNO dan Barisan Nasional bermesyuarat pada 17 Ogos 2021 untuk memutuskan calon Perdana Menteri. Dengan restu dan persetujuan YB Presiden, YB Timbalan Presiden, dan Ahli MKT, UMNO dan BN hantar hanya SATU nama Calon iaitu YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri. Tidak ada pertikaian, Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kerana UMNO mencalonkan beliau sebagai satu-satunya calon PM.


Tuduhan kedua, ‘Kalau UMNO silap-silap dia nak Zahid Hamidi’. Wan Saiful mungkin kurang faham dengan semangat parti yang bermusyawarah sebelum membuat keputusan. Tidak pernah sesekali pun YB Presiden UMNO tuntut dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Inilah realitinya semasa runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan ini juga terjadi semasa Perdana Menteri bertukar.


Malah pada 16 Ogos 2021, Presiden UMNO mengeluarkan kenyataan tidak pernah terlintas untuk beliau menamakan diri sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara. Ini jelas sekali lagi bahawa UMNO memilih YAB Perdana Menteri sebagai calon selepas Mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara.


Ketiga, tuduhan ‘Kluster Mahkamah’ menyebabkan Pilihan Raya Negeri dijalankan. Ketua Penerangan PPBM mungkin lupa bahawa Bersatu sendiri mengugut untuk tarik sokongan, lagi-lagi apabila Presiden PPBM sendiri mengugut untuk ‘tekan butang’ semasa PRN Melaka. Dalam kata-kata Tan Sri sendiri ‘Saya tekan butang sekarang, jatuh Kerajaan Johor’.


Bukan kerana Kluster Mahkamah PRN ini dijalankan, tetapi kerana keadaan rapuh di Johor yang antaranya disebabkan oleh PPBM, PRN ini dijalankan.


Wan Saiful perlu berhenti menyemai benih kebencian, menjadi ejen pemecah belah dan menumpukan tenaga beliau ke arah menjual tawaran parti beliau sempena PRN Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Kerana itulah yang UMNO dibawah pimpinan Presiden Datuk Seri Zahid akan lakukan. Ahli UMNO yakin dengan kebijaksanaan dan kewibawaan yang ada pada YB Presiden dan YAB Perdana Menteri. Majlis Kerja Tertinggi telah beberapa kali menyatakan bahawa UMNO menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri.


#SambungYangTergendala

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.