600,000 RIBU PELUANG PEKERJAAN DISEDIAKAN - ISMAIL SABRI


 Banyak peluang pekerjaan berjaya dicipta, dengan kadar pengangguran menurun kepada 4.2 peratus berbanding 4.6 peratus pada Ogos 2021.

Sebanyak 558,000 pencari kerja berjaya mendapat penempatan pada tahun 2021 melebihi sasaran menyediakan 500,000 peluang pekerjaan.

Pada tahun ini, Kerajaan telah melancarkan inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dengan peruntukan RM4.8 bilion untuk menyediakan 600,000 peluang pekerjaan yang merangkumi ;

(i) Insentif Penggajian,

(ii) Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek (MyStep).

(iii) Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran

Bagi memantau dan memastikan sasaran ini berjaya untuk memberi peluang kepada anak muda , graduan lepasan universiti dan pencari kerja, Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh saya sendiri akan mengerahkan seluruh agensi kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) untuk turut menjayakan perancangan ini.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.