RAKYAT Terengganu menzahirkan rasa lega apabila melihat kelibat YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mohktar di Lapangan Terengganu Sultan Mahmud petang ini.
Ada yang menyatakan kehilangan MB kesayangan rakyat Terengganu sejak sekian lama itu sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya keadaan dan kesihatan beliau.
Ada juga dari kalangan rakyat mengangkat tangan tanda syukur bahawa MB masih hidup dan ada juga yang berkias mencacinya.
Beberapa keping gambar yang dihantar kepada Malaysia-Hot juga memberi gambar bahawa rakyat Terengganu menanti-nanti kemunculan MB disaat rakyat kedinginan serta kelaparan dalam menghadapi bencana banjir terutama di Hulu Terengganu.
UMUM mengetahui banjir di daerah Hulu Terengganu paling teruk terjejas dan keseluruhan mangsa perpindahan beberapa hari lalu mencecah hampir 20,000 orang.
Akhirnya hari ini dengan ketibaan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob ke Terengganu beberapa orang rakyat hampir pitam kerana melihat lembaga merupa MB Terengganu yang ada bersama ketika melawat mangsa-mangsa banjir di Hulu Terengganu.
Apa yang pasti masih ramai yang menyayangi beliau dengan menarik nafas panjang menandakan kesyukuran kerana MB Terengganu masih boleh ditemui.
Ada satu kisah Pok Loh dan Pok Mat ini adalah kawan baik sejak dari zaman muda lagi dan terpisah tanpa berita puluhan tahun. Akhirnya mereka bertemu dalam satu majlis kahwin saudara jauh mereka di pantai timur.
POK LOH : Assalamulaikum....
POK MAT : Wassalam...
POK LOH : Mung... Bukan Mamat Bulu Meroh ke...
POK MAT : Ooo... Bakpe.. Mung sape... kedut kecut habih ning... ehhh.... Dolloh Lembu ke ning... olo lah...
Mereka bersalam dan berpelukan erat sesama sendiri kerana puluhan tahun tidak bertemu..
POK LOH : Weh.... lah mung Mamat eh.... Aku ingat mung MAPUHH... doh... rupenye mung hidup lagi deh....
POK MAT : Aku ingat gitu jugok mung Mamat eh... ingat Mapuh... lama doh.. sebab tak dok berita langsung.... lepah mung keluar dari kampung ning....
Itu perbualan sedikit perbualan dan kasih sayang dua sahabat...