APA NIAT ZAMIL SERANG DS ISMAIL SABRI KINI?


SEPANJANG lawatan dan turun padang Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri merangkap Naib Presiden 1 UMNO Malaysia di Johor beliau diiringi oleh YAB Menteri Besar Johor di setiap program bersama jentera. DS Ismail Sabri dengan konsisten mengingatkan jentera agar memenangkan kesemua calon UMNO dan BN dalam PRN kali ini.


Tidak ada sepatah perkataan yang keluar dari mulut DS Ismail Sabri berkaitan pemilihan parti atau soal PRU15. 


Ini merupakan tuduhan tidak berasas dan berniat jahat seorang pencacai yang memakan upah bulanan untuk menjatuhkan pemimpin umno daripada hantarannya di media sosial beberapa hari lalu.


Apakah manusia sebegini layak untuk kita orang umno jadikan rujukan. Apakah kita lupa bagaimana binatang belaan ini memaki hamun pemimpin umno sebelum pru14 dan hari ini mahu menjadi barua kepada perpecahan dalaman UMNO?


Apakah bentuk serangan sebegini terhadap kepimpinan umno boleh kita maafkan tatkala semua pemimpin umno sedang berusaha siang malam utk memenangkan UMNO BN di Johor?


Kenapa bekas pemimpin parti KITA, Zamil Ibrahim sibuk menabur fitnah terhadap PM Ismail Sabri?


Apa niat sebenar pencacai upahan ini? Menjadi perosak kepada kempen BN yang sedang lancar maka ada tangan hantu yang menyuruh pencacai ini dengan sengaja timbulkan pelbagai sangkaan buruk antara kepimpinan UMNO dan BN?


Kalau sudah biasa melawan UMNO BN memang sukar untuk diubah DNA barua politiknya.


Mungkin senang cari makan dengan melaga-lagakan kepimpinan UMNO BN.


Hakikatnya tidak pernah pun Ismail Sabri turun ke Johor untuk berkempen mengenai dirinya sebaliknya beliau turun berkempen untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di sana malah beliau turut menyelesaikan beberapa masalah berhubung peneroka Felda.



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.