BANTUAN KELUARGA MALAYSIA AKAN DISALURKAN BERMULA 28 MAC INI



KENYATAAN MEDIA

YAB PERDANA MENTERI

PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) BERNILAI 

HAMPIR RM2.0 BILION SECARA BERPERINGKAT MULAI 28 MAC 2022 (ISNIN)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang. Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 (Rabu) melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2.0 bilion. 

Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H dan akan disalurkan seperti berikut:

Cara Pembayaran Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang pada 28 Mac 2022 – 8 April 2022.

Terus dikreditkan ke akaun bank Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak).

30 Mac 2022 Melalui cawangan Bank Simpanan 

Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.