Prestasi GLC dan GLIC juga semakin baik untuk tahun 2021. Sebagai contoh, Petronas mencatat keuntungan sebanyak RM48.6 bilion berbanding kerugian RM1.137 billion pada tahun 2020.
GLC dan GLIC telah memberikan sumbangan kepada Keluarga Malaysia melalui CSR. Dalam tempoh dua tahun sejak 2020 Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC (GDRN) telah berjaya membantu lebih 450,000 orang yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan banjir dengan pelbagai jenis bantuan bernilai RM327 juta.
KWSP pula mengagihkan dividen sebanyak 6.1 peratus dan LTAT, 4.1 peratus. Kedua-dua dividen ini adalah yang tertinggi sejak tahun 2018. Tidakkah ini semua bukti ekonomi kita sedang memulih?
Hari ini, saya ingin mengumumkan pelaburan baharu sebanyak RM32 bilion bagi membangunkan Automotive High-Technology Valley (AHTV) Di Proton City, Tanjung Malim, Perak. Pelaburan daripada DRB-Hicom ini bakal mewujudkan 370,000 peluang pekerjaan sepanjang fasa pembangunan serta 161,000 sepanjang fasa operasi.