TULAR satu video pendek berkaitan isu hangat di negeri Terengganu kini yang mana berkaitan dan iFitri yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri (PAS) didalam Dewan Undangan Negeri (Dun) minggu lalu dengan penyediaan dana tersebut kepada rakyat Terengganu yang layak.
i-Fitri merupakan bantuan kewangan bernilai RM400 kepada 31,500 isi rumah miskin dan RM250 kepada 83,500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 yang disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2022 bernilai RM56 juta dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah (KIR) di negeri ini yang layak mulai 17 hingga 23 April ini.
Hampir keseluruhan rakyat Terengganu merungut apabila proses untuk mendapatkan dana tersebut sangat-sangat rumit sehinggakan rakyat terpaksa mengisi 2 borang untuk mendapatkan dana tersebut sedangkan dari kalangan rakyat sudahpun mengisi borang tersebut 2 tahun lalu iaitu PRT 20 (Profil Rakyat Terengganu).
Pengumuman yang dibuat sebelum ini, rakyat boleh membuat permohonan secara online dan hakikatnya perlu mengisi borang dan juga secara manual. Ianya tidak sama dengan apa yang telah dilakukan kerajaan (BN) sebelum 2018 yang lalu dengan memudahcara permohonan tersebut.
Ditambah pula dengan syarat-syarat yabg tidak masuk diakal kerana mereka yang berjawatan dalam kerajaan dan juga GLC atau PBT dilayak sama sekali walaupun bergred rendah seperti pemandu kenderaan, kerana, tukang kebun, tukang pembersihan dan lain-lain seumpamanya TIDAK LAYAK.
LINK : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2064929