ISMAIL SABRI BERJIWA BESAR DALAM MEMBANTU PARTINYA SENDIRI


SEJARAH hitam politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) bermula pada tanggal 9 Mei 2018 apabila tewas kebanyakkan kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) dimana hampir keseluruhannya dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Selama 22 bulan PH mentadbir negera dengan pelbagai isu besar berlaku dan sikap kurang ajar para pimpin PH menidakkan apa yang dijanjikan mereka kepada rakyat dan anak-anak muda membuatkan rakan sekutunya PPBM memilih mengkhianati mereka.

PPBM yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin ketika dapat menghidu penolakkan rakyat kepada partinya dengan 7 siri kekalahan dalam pilihanraya kecil akhirnya mengkhianati PH dengan langkah Sheraton pada 24.2.2020 yang lalu. https://www.sinarharian.com.my/article/73027/BERITA/Politik/Enam-teori-konspirasi-Langkah-Sheraton

Selepas 17 bulan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, kini Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke 9 yang juga Naib Presiden 1 UMNO Malaysia terus memacu negara dengan cemerlang.

Ismail Sabri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha menyatukan semua pimpinan parti dan juga kerajaan agar perjalanan memuihkan ekonomi dan sebagainya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Langkah demi langkah diatur dengan teliti agar semua rakyat merasakan nikmat dibawah pentadbiran Ismail Sabri dan juga BN ketika ini.

Peranan yang dibawa Ismail Sabri tiada tolak bandingnya dengan dokongan ahli-ahli parlimen kerajaan terutama dari UMNO dan BN kesleuruhannya. Peranan itu juga turut diterjemahkan dalam proses pilahanraya yang diadakan sebelum ini.

Sehubungan dengan itu pada pilihanraya negeri Johor yang sudah berlalu dan UMNO BN memperolehi kemenangan yang dua pertiga majoriti. Keputusan yang tidak dijangka ini lagi sekali membuktikan bahawa rakyat mula kembali meyakini bahawa UMNO BN adalah sebuah parti yang mampu menjaga kesejahteraan rakyat dan negara.

Keyakinan rakyat tidak datang dengan tiba-tiba namun ianya bersandarkan pengamatan dan bukti yang tertera di hadapan mata mereka. Senario 3 perdana menteri selepas pilihanraya umum ke 14 merupakan titik tolak bagaimana arus perubahan kepercayaan rakyat mula kembali kepada UMNO BN.

Bermula dengan kegagalan Mahathir memenuhi janji pakatan harapan terhadap rakyat, Muhyiddin yang menggantikannya juga gagal mengurus pandemik covid 19 dan ekonomi negara, rakyat akhirnya rakyat menyaksikan sendiri bagaimana YAB Dato Ismail Sabri wakil dari UMNO BN mengemudi negara.

Pencapaian cemerlang Ismail Sabri di dalam masa singkat mengurus serentak antara pandemik dan ekonomi negara tidak boleh dinafikan oleh rakyat. Kesukaran rakyat ekoran kesan himpitan pandemik covid19 dan juga bencana banjir yang tidak dijangka memperlihatkan bagaimana layaknya Ismail Sabri memandu negara keluar dari kemelut yang menghantui rakyat keseluruhannya.

Keupayaan mengurus negara inilah impak utama mengubah pola pemikiran rakyat bahawa bukan sahaja kerana Ismail Sabri adalah dari kilang UMNO BN tetapi juga kerana batang tubungnya secara peribadi.

Kerajaan yang dipandu Ismail Sabri bukannya kerajaan UMNO BN tetapi kerajaan campuran parti yang berlainan idealogi. Ismail berjaya mengajak kesemua parti politik termasuk pihak lawan untuk bekerjasama dan meletakkan kepentingan rakyat serta negara sebagai perkara utama mendahului kepentingan parti masing-masing sesuai dengan titah Yang di Pertuan Agong. Membawa negara dan rakyat keluar dari kemelut pandemik yang menjadi masalah dunia adalah agenda bersama, inilah kejayaan Ismail yang menjadikan rakyat kembali yakin dan percaya kepada kepimpinan UMNO BN.

Namun malangnya, segelintir kepimpinan utama UMNO BN dilihat mula takut kepada bayang sendiri terutama Presiden dan Timbalan Presiden parti. Kegagalan mereka melihat Ismail berjaya mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO BN semakin ketara sedangkan Ismail Sabri adalah seorang ‘party-man’ yang sentiasa taat dan tidak membelakangi parti.

Mereka seakan lupa di hari bersejarah bagaimana perlantikan Ismail sebagai perdana menteri. Walaupun nama Ismail Sabri sudah pun mendapat perkenan istana dan juga turut disokong oleh kepimpinan parti lain namun beliau tetap merujuk dan menyerahkan keputusan kepada kepimpinan utama UMNO BN.

Di sepanjang beliau memegang jawatan nombor satu negara, Ismail kekal menghormati hiraki kepimpinan parti walaupun kedudukannya sebagai perdana menteri adalah jawatan paling tinggi di negara ini. Jawatan yang mana menjadi idaman kepada semua pemimpin utama parti politik tetapi Ismail bukanlah jenis individu yang mabuk kuasa.

Tidak pernah sekali pun Ismail dilihat cuba mendahului presiden dan timbalannya. Malah terbukti tanpa perlu dijelaskan, viral video terkini bagaimana di waktu majlis pengumuman kemenangan besar UMNO BN di pilihanraya negeri Johor beberapa hari lepas, kelihatan dengan jelas Zahid menolak Ismail Sabri di atas pentas sehingga beliau terpaksa berundur ke belakang demi Zahid memberi laluan kepada Najib untuk diberi penghargaan. Video ini dimainkan dan menjadi isu negatif kepada kepimpinan UMNO BN seolah-olah keberadaan seorang Perdana Menteri yang banyak membantu jentera UMNO BN sepanjang kempen tersebut langsung tidak dipandang oleh Zahid dan Muhamad Hasan.

Tetapi Ismail tidak menjadikannya sebagai isu besar wakaupun perlakuan tersebut menjadi bualan hangat di kalangan ahli UMNO sendiri. Ismail kekal tenang seperti biasa kerana itulah akhlak sebenar beliau. Berjiwa besar.

Zahid dan Muhamad Hasan juga sudah lupa bahawa Ismail Sabri menyerahkan kuasa prerogatifnya kepada ‘Top 5’ utama UMNO bagi menasihati Perdana Menteri dan memilih tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen. Ini bermakna tanggungjawab tersebut dipikul bersama kerana ianya adalah antara strategi utama parti bagi memenangi pilihanraya umum akan datang.

Bukan sahaja rakyat tetapi ahli UMNO sehingga ke akar umbi boleh melihat dan menyaksikan bagaimana tenangnya YAB Perdana Menteri memimpin kerajaan campuran ini.

Kalau ini bukan bukti kesetiaan Ismail kepada UMNO BN, bukti apa lagi?

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.