ISMAIL SABRI MAMPU MEMBAWA NEGARA MENCAPAI KESTABILAN POLITIK DAN EKONOMI


MALAYSIA  terus menerima pelaburan yang baik dan akan terus meningkat selepas lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob ke negara timur tengah (Qatar) beberapa hari lalu.

Keyakinan pelabur semakin meningkat hari demi hari, bulan demi bulan apabila Barisan Nasional (BN) atau UMNO menjadi peneraju negara selepas mengalami kegelapan selama hampir  38 bulan yang lalu.

Selama 38 bulan itu kebanyakkan pelabur-pelabur luar negara mengangkat kaki apabila kestabilan dalam ekonomi menjadi taruhan politikus untuk terus menjadikan Malaysia sebagai peperangan politik. 

Peningkatan pelaburan luar negara terus mencanak naik disebabkan beberapa faktor serta kemenangan BN dalam Plihan Raya Negeri Johor dan Melaka baru-baru ini  dan turut mengembalikan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. 

Dengan adanya usaha berterusan PM maka hasrat kita mahu melihat ekonomi negara pulih sepenuhmya semakin cerah.

Kini negara berada di landasan yang baik dalam membawa pelaburan luar.

Perbincangan secara terbuka dan berterusan isu pembubaran parlimen boleh mendatangkan ketidakyakinan pelabur. 

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu lebih bijak dalam menyuarakan pendapat berkenaan pembubaran Parlimen, namum akhirnya.

Jika mereka membincangkan isu pembubaran Parlimen secara terbuka, ianya menyukarkan mana-mana perdana menteri untuk membawa masuk pelaburan.

PM perlu diberi peluang untuk menonjolkan  keupayaan beliau untuk meyakinkan negara luar dan syarikat-syarikat pelabur demi memastikan  pelaburan ini memberikan kekuatan ekonomi kepada rakyat dan negara.

Kita perlu bantu PM menjalankan tanggungjawab yang berat ini untuk menguruskan negara selepas kesan besar pandemik covid yang turut dirasai oleh semua negara.

Alhamdulillah setakat ini Ismail Sabri  berjaya menangani situasi ini untuk kebaikan negara dan rakyat dari pelbagai sudut.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.