KEPADATAN penduduk Pulau Pinang sehingga hari ini terus meningkat dan memerlukan penempatan yang baharu bagi rakyat negeri itu ketika ini. Dengan jumlah populasi penduduk sekitar 1.648 million orang yang mana data dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2021.
Kerajaan seharusnya menyediakan penempatan atau rumah secukupnya kepada rakyat ketika ini dan bukan menguruskan kandang babi sepertimana yang telah diumumkan.
Sehubungan dengan statistik tersebut semestinya rakyat negeri Pulau Pinang sangat memerlukan sebuah rumah kediaman sendiri yang mana sudah mempunyai keluarga sendiri dan bukannya kandang babi yang telah diumumkan oleh kerajaan Pulau Pinang hari ini.
Rata-ratanya menyuarakan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan dan keputusan kerajaan Pulau Pinang dibawah DAP hari ini.
Dalam kenyataan itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyifatkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang memberi komitmen untuk membantu menaik taraf ladang babi di negeri itu kepada sistem yang moden.
“Kami akan membantu pengusaha ladang babi dalam apa jua cara yang kami boleh untuk menaik taraf ladang mereka kepada sistem moden kerana penternakan moden adalah hala tuju kerajaan negeri untuk memastikan kelestariannya, katanya.
Keutamaan kerajaan DAP Pulau Pinang hanya untuk babi dan bukan rakyatnya disaat seluruhnya sedang mengharungi pendemik Covid 19 yang tidak kesudahan ini dan rakyat mengharapkan sesuatu atau bantuan kerajaan negeri bagi mereka golongan M40 dan B40 meneruskan kelangsungan hidup.
Selain itu pada 9 Mei 2021, dilaporkan terdapat aduan bau busuk di Sungai Sembilang, Pulau Pinang akibat aktiviti penternakan babi di Pantai Acheh.
Pada 15 Oktober tahun sebelumnya isu sama pernah timbul melibatkan dakwaan pembuangan najis haiwan daripada 26 ladang babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor.
STATISTIK JABATAN PERANGKAAN NEGARA |