KWSP baru sahaja memuat naik informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas RM10 ribu secara SEKALIGUS (one-off). Alhamdulillah tiada syarat-syarat yang menyusahkan.
Bagi yang memerlukan manfaatkanlah sebaiknya untuk memulakan kehidupan baharu pasca pandemik dan melangsaikan segala komitmen tertunggak.
Bagi yang tidak memerlukan, kekalkanlah simpanan kalian bagi mendapat manfaat dividen dan keperluan masa depan.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.
Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.
Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.