Ust Dr. Khairuddin at-Takiri
Tahniah Ustaz. Aamin Allahummaamin..
Tindakan paling bijok sekali apabila meninggalkan PAS.
PAS kini bukan yang dulu. Jika dulu Majlis Syura itu sendiri berfungsi sebagai check and balance kepada tindak tanduk Presiden.
Pada masa itu Ayoh Chik sendiri akan merujuk kepada Almarhum TGNA selaku Mursyidul Am apabila nak buat keputusan untuk parti dan halatuju parti.
Nak bersama dengan PKR, Bang Non dijemput mengadap TGNA dulu. Nak bersama dengan DAP pun, Mendiang Karpal Singh dengan Lim Kit Siang pun kena berjumpa TGNA dulu.
Presiden tak boleh buat keputusan sesuka hati.
Manakala ahli - ahli walaupun ada konsep wala', melalui perwakilan, mereka berani untuk berbeza pendapat ketika berbahas di Muktamar Taman Melewar. Suara perwakilan diangkat ke Jawatankuasa Pusat. Masa tu profesional ke lebai lepasan timur tengah ke semua diraikan. Slogan PAS for All dijulang - julang.
Namun itu dulu.
Selepas kelompok profesional meninggalkan parti setelah digelar jebon, parti dah takde kepelbagaian. Yang tinggal hanya pak lebai. Parti dilihat hanya berkiblatkan presiden. Parti dilihat terlalu Hadi-centric. Ahli dilarang menjadi lebih bijak dari pemimpin bak kata tuan presiden.
Apa yang Ayoh Chik cakap, semua kena ikut, semua wajib senada. Majlis Syura macam takde function
Bila Ayoh Chik cakap sokong Umno demi penyatuan ummah, maka berduyunlah ahli - ahli membanjiri PWTC, walaupun dulu UMNO di cop parti sekular, walaupun dulu sampai solat dua imam, buat dua masjid sebab imam tu UMNO, kariah situ UMNO.
Namun apabila Ayoh Chik tukar selera sokong Muhyiddin, maka pakat semua ahli akur sokong PN walaupun ahli tidak dilibaturus, tidak dibahas di Muktamar.
Tau - tau PAS dah sertai PN, tau - tau logo bulan dah dicampak tepi, vest hijau dah tukar biru, gambar calon pun dah tak pakai kopiah dan baju melayu.
Ayoh Chik juga selalu berkata mahu memperkukuhkan MN, tapi pada masa yang sama Ayoh Chik juga bertanding melawan UMNO di Melaka dan Johor. Tindak tanduk Ayoh Chik ni bukan sahaja mengelirukan ahli - ahli malah merugikan parti.
Maka sekali lagi tahniah diucapkan kepada Ustaz diatas keberanian untuk meninggalkan PAS dan melawan Ayoh Chik yang semakin tidak relevan.
- Ahli Pas