MAHATHIR MAHU SWASTAKAN FELDA SEMASA MENJADI PM KE 7


Perdana Menteri Dato, Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menjadikan FELDA sebuah agensi swasta sepertimana berlaku kepada Lembaga Letrik Negara (LLN) dengan bertukar nama kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Transformasi Perladangan Felda di Padang Awam Felda Endau Negara semalam.


Menurut YAB Perdana Menteri lagi, kerana kecewanya Mahathir tidak dapat menjadikan felda milik syarikat swasta maka Mahathir mengarahkan felda mencari dana sendiri untuk menampung segala perjalanan pengurusan felda.


Ramai rakyat tidak tahu perkara ini dan ramai yang mengaku merekalah pejuang kepada peneroka felda.


YAB Perdana Menteri datang tepat pada masanya bagi menjelaskan perkara sebenar berhubung siapa yang sebetulnya sayangkan felda. 


Malah kehadiran Perdana Menteri juga menambahkan keyakinan rakyat betapa Barisan Nasional(BN) adalah kerajaan yang menjaga peneroka felda selama ini serta Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang banyak menyelesaikan permasalahan peneroka felda itu sendiri.


Warga felda harus memandang sejarah sebelumnya bermula pembukaan felda itu sendiri sehingga kini menjadakan warga felda terus keluar dari paras kemiskinan.


Kewujudan felda adalah sebuah organisasi yang sangat berjaya di dunia dan diiktiraf diperingkat antarabangsa dengan pengeluaran minyak sawit dunia.



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.