MEMBASMI MISKIN TEGAR SEPENUHNYA 2025 - PM


Saya banyak mendengar perbahasan perwakilan yang menyentuh mengenai soal kemiskinan. Saya sendiri lahir dari keluarga miskin. Anak Penoreh getah. Saya merasai dan memahami apa erti kesusahan sebab itulah agenda basmi kemiskinan menjadi keutamaan saya, katanya PM

 

Pandemik COVID-19 juga telah menyebabkan ramai golongan M40 tergelincir kepada B40.

 

Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bertujuan menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025.

 

Unit Kemiskinan khusus telah ditubuhkan di EPU, di negeri dan daerah.  Saya mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu (BMTKM) di peringkat Pusat bagi memantau perkembangan pelaksanaan program rintis yang dilaksanakan di 80 lokaliti di seluruh negara.

 

BMTKM akan melibatkan kerjasama strategik dengan semua pihak, Kerajaan Negeri, kementerian-kementerian, pemimpin setempat, universiti tempatan, pihak swasta dan pertubuhan masyrakat sivil (CSO). Insya Allah, sasaran ini akan dapat dicapai akhir tahun 2025.


Selagi hayat dikandung badan, nasib Melayu dan Bumiputera akan saya perjuangkan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.