MUDA SEDANG MEMUJA DAP UNTUK KERUSI PRU15


Presiden  Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Lim Kit Siang sebagai seorang HERO sebenar rakyat Malaysia, kerana sifat patriot dan negarawan sebelum ini.

Beliau berkata demikian di status facebooknya berhubung pengumuman ahli politik veteran DAP itu untuk bersara dari politik yang diumumkan semasa permilihan DAP 2022.

Syed Saddiq yang juga ahli parlimen Muar turut berterima kasih kepada Lim Kit Siang di atas perkhidmatan hampir 60 tahun yang mana katanya akan terus memberi inspirasi generasi akan datang.

Pada pilihanraya negeri Johor yang lepas, parti Muda yang dipimpin Syed Saddiq menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan terutamanya DAP dengan memperolehi 6 kerusi dewan undangan negeri (DUN) iaitu N05 Tenang, N07 Bukit Kepong, N22 Parit Raja, N26 Machap, N41 Puteri Wangsa, dan N50 Bukit Permai.

Malah, Syed Saddiq merupakan pencadang kepada Liew Chin Tong, calon DAP di DUN Perling.

Wakil Muda di DUN Puteri Wangsa yang menang baru-baru ini juga menumpang sokongan serta kekuatan DAP yang mana menjadi wakil tunggal MUDA menang dalam PRN Johor 2022.

Peramal politik melihat ada kemungkinan Syed Saddiq cuba mengintai parlimen Iskandar Puteri yang diwakili Lim Kit Siang berhubung keputusan PRN Johor yang menyaksikan dua DUN di bawah Muar yang tidak berpihak kepada Pakatan Harapan, rakan strategik Muda.

 Hantaran penuh Saddiq:

“A true Malaysian hero, patriot and statesman for all Malaysians regardless of race and religion.

Thank you for close to 60 years of service.

Your commitment to a Malaysia for all Malaysians has and will continue to inspire generations to come.

 Happy retirement.

 Thank you Lim Kit Siang (林吉祥) “

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.