PEGAWAI KHAS MB TERENGGANU MAHU PAS PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN BERSATU?


Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Kuala Terengganu, Jefri Chua mendakwa selepas kekalahan teruk PAS di Pilihanraya Negeri (PRN) Johor pada sabtu lalu telah membuatkan mereka harus memikirkan semula kerjasama dengan Bersatu (PPBM) untuk mendepani PRU ke 15 nanti.

Katanya, selepas keputusan PRN Melaka dan Johor PAS mungkin akan bergerak SOLO, sebab ada kekuatan tersendiri di negeri Terengganu, Kedah dan juga Kelantan.

Kenyataan tersebut ditularkan didalam group FB milik MB Terengganu "Friends Of MB Terengganu (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar).



Luahan tersebut beliau memuat naik di media sosisal facebook peribadi beliau selepas menerima keputusan PRN Johor sabtu lalu.

Jefri Chua juga merupakan seorang Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merangkap MB Kuala Lumpur dan tugasnya hanya menjaga kaum cina di Kuala Terengganu.


Sehubungan dengan itu, Pengerusi PPBM Terengganu Razali Idris juga memuat naik jawapan balas dari kenyataan Jefri dengan hanya menulis “JANGAN SOMBONG SANGAT”.

Jawapan yang ringkas mengambarkan riaksi bagi kenyataan orang kuat PAS di Terengganu yang makan gaji bulanan itu.

JELAS disini ada keretakan dalam perikatan kedua-dua parti tersebut PAS dan Bersatu dan mungkin juga akan bercerai sebelum PRU 15 nanti. 

.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.