PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP 10 RIBU BERMULA 1 - 30 APRIL INI


SUSULAN pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang pengeluaran khas RM10,000, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tampil memberikan penjelasan lanjut.

Menerusi laman Facebook rasminya, KWSP memberikan informasi ringkas berkenaan pengeluaran berkenaan.

Kenyataan tersebut memaklumkan, pengeluaran khas tersebut terbuka kepada semua ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.


"Permohonan bermula 1 April hingga 30 April secara atas talian.

"Pembayaran akan dibuat bermula 20 April dan amaun pengeluaran minimum adalah sebanyak RM50.

"Namun ia tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 ahli. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses," maklumnya menerusi kenyataan info grafik pada Rabu.

Terdahulu, Ismail Sabri menyatakan, keputusan pengeluaran itu bukanlah mudah untuk dilaksanakan oelh itu berharap pencarum dapat membuat pertimbangan sewajarnya.

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.