TINJAUN semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sekitar parlimen Kota Tinggi malam tadi dibuat oleh Malaysia-Hot nyata cukup meriah dengan perang bendera dan poster yang mana dipasang oleh parti-parti yang bertanding kali ini.
Bagi
Parlimen Kota Tinggi mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu
N.36 Sedili dan N.37 Johor Lama yang mana pertembungan 4 penjuru diantara
Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan parti
Pejuang.
Dalam pada itu di N.36 Sedili , Muszaidi Makmor (BN), Mat Khairi Samsudin (PH-Amanah), Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas (PN), Tariq Ismail Mustafa (Pejuang), manakala bagi dun N.37 Johor Lama Norliza Noh (BN), Omar Mokhtar A. Manap (PKR), Mohamad Alias Rasman (PN), Mohd Shukor Ahmad (Pejuang).
Kesemua parti mempunyai strategi sendiri bagi meraih sokongan pengundi dimana gerak kerja parti dan jentera akan membuahkan hasilnya di hari pembuangan undi nanti.
BN dilihat
mempunyai kelebihan di 2 kerusi tersebut kerana sususan gerak kerja parti itu
lebih kepada sentuhan kepada pengundi dan menyantuni setiap pengundi yang ada
dan dijangka akan memenangi kedua-dua kerusi tersebut dengan pertambahan
bilangan majoriti.
Sehubungan
dengan itu juga MH hadir ke ceramah PKR yang diadakan di Jalan Kota Kecil dihadapan
bilik gerakan PN bagi Kota Tinggi dimana menampilkan calon PKR Omar Mokhtar
untuk berucap didalam ceramah tersebut malam tadi.
Ceramah PKR
itu berlangsung selama 1 jam dan tidak mendapat sambutan dari masyarakat
setempat dan hanya dihadiri oleh jentera parti itu sekitar 15 orang sahaja.
Maka jelaslah gambaran disitu ada satu penolakan besar-besaran kepada parti PKR
dan PH di kawasan tersebut.
Pengundi
Johor hari ini mula sedar bahawa BN sahaja yang dapat membela untung nasib
mereka dan bukan parti yang hanya pandai menabur janji-janji semasa pilihanraya
sepertimana 22 bulan PH menjadi kerajaan dan tidak pernah menunaikannya.