Muhyiddin Dan Dominic Serang Pemimpin PAS
Terdiam pemimpin PAS apabila secara berhadapan Presiden PPBM, Muhyiddin dan Presiden Gerakan, Dominic Lau dedahkan sikap sebenar mereka.
Muhyiddin dan Dominic mendedahkan selepas menjadi kerajaan, pemimpin PAS sudah tidak lagi membangkitkan isu hudud.
Kedua-dua mereka menyatakan hal itu di majlis makan malam anjuran ahli perniagaan Cina di Johor Bahru.
“Kita lihat semasa Muhyiddin menjadi PM ke 8, dia menjemput ahli parlimen PAS jadi menteri dan mereka tidak pernah membangkitkan apa-apa tentang hudud” jelas Dominic Lau.
Apa yang didedahkan oleh Muhyiddin dan Dominic menimbulkan pelbagai persoalan kepada ahli PAS di peringkat akar umbi.
Apakah benar apa yang didedahkan oleh Muhyiddin dan Dominic?
Sekiranya benar, apakah pemimpin PAS sudah berubah prinsip dan perjuangan mereka?
Bukankah pemimpin PAS telah bersama-sama bersumpah dengan menggunakan kalimah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi untuk terus memperjuangkan hudud hingga berjaya?
Apakah alasan dan penerangan yang akan pemimpin PAS berikan kepada ahli PAS di peringkat akar umbi?
Apakah hanya kerana kuasa, pemimpin PAS sudah menggadaikan perjuangan mereka selama ini?
Respon terkini dari Timbalan Presiden PAS terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan ialah,
“Saya fikir kita selesaikan isu air dulu”.
“Isu yang kita bawa kali ini adalah isu yang, walaupun orang sebut tandas, dari segi impak kesihatan ia sangat besar”.
“Sebab itu kalau boleh kita fokus yang ini dulu”.
Sampai bila pemimpin PAS mahu berselindung di sebalik penampilan mereka?
Selama mana pemimpin PAS mampu mengelak dari menjawab soalan mengenai isu tersebut?
Sekali Lagi Ahli PAS Jadi Mangsa Muhyiddin - ED