SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN Presiden Parti Ikatan Demokratik (MUDA) yang juga ahli parlimen Muar malam semalam berjanji kepada rakyat Johor untuk memborong seribu buah rumah jika mereka menang beberapa kerusi dewan undangan negeri (DUN) kali ini.
Syed menambah lagi satu janji dan hampir sama dengan janji di pilihanraya umum ke 14. Menyediakan 1000 buah rumah mampu milik kepada golongan yang memerlukan.
Bezanya kali ini, beliau berjanji akan ‘memborong’ dahulu 1000 unit dengan harga murah dan menjualkannya kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Timbul persoalan, wang dari mana sebanyak itu untuk membeli 1000 unit secara pukal?
Kalau sudah menjadi kerajaan, kenapa perlu membeli dari pemaju. Kerajaan negeri melalui anak syarikat yang sedia ada boleh bangunkan sendiri dan menjual terus kepada rakyat sebagai projek perumahan awam.
Bangsa Johor, jangan letakkan masa depan anda di tangan kumpulan yang hanya tahu berseronok ketika berkuasa. Rakyat diabaikan.
Kini diatas tiket partinya sendiri, MUDA, beliau smengulangi janji yang hampir sama ketika PRU ke 14 yang mana tidak pernah ditunaikan selama hampir 22 bulan menjadi menteri belia dan sukan.
Katanya sebelum ini, beliau dan kerajaan PH akan menyediakan peluang kerja bagi rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan menawarkan gaji yang tinggi.
Di PRU ke 14 Syed Saddiq berjanji menyediakan sejuta pekerjaan dan membawa pulang semua rakyat Malaysia yang sedang bekerja di Singapura. Selama 22 bulan beliau menjadi menteri di dalam kerajaan pakatan harapan, tiada seorang pun beliau bawa balik termasuk ayahnya sendiri?
Janji tersebut hanya ingin menarik perhatian rakyat Malaysia yang berkerja di sana untuk pulang mengundi. Semuanya tertipu.
Syed Saddiq mungkin bermimpi kerana rata-rata rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura hari ini adalah kehendak rakyat dan bukan satu kerja sukarelawa untuk berbakti kepada negara Singapura.
Semakin dekat dengan hari pengundian, seperti biasa parti yang baharu akan nampak gelabah dan panik. Mereka hilang arah, tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat.
Tiada pengalaman, sekadar seronok melalui gaya hidup sebagai wakil rakyat adalah faktor sekumpulan anak muda ini merasakan mereka boleh mencuri peluang di pasaran demokrasi berpolitik negara ini.
Dua puluh dua bulan Syed Saddiq menikmati hidup sebagai wakil rakyat parlimen dan juga menteri.
Di situlah timbulnya idea bagaimana untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat walaupun rata-rata tahu beliau hanya glamor di medium internet dan bukannya rajin turun padang.
Sekiranya beliau masih kekal dengan parti yang memenangkannya di pilihanraya umum ke 14, mungkin kerusi beliau bakal diganti dengan calon lain di masa akan datang. Ini kerana banyak janji yang beliau buat tidak ada satu pun tertunai. Ianya membawa impak yang amat buruk kepada PPBM.
UMUM mengetahui, MUDA masuk pilihan raya diatas ehsan DAP dimana sebelum menyertainya Syed Saddiq terdahulu berbincang dengan DAP untuk menarik golongan Muda Johor menyokong mereka dan pada dasarnya hanya budak suruhan DAP sahaja.