Beliau
tanpa segan mengutarakan janji-janji palsu bagi menarik sokongan pengundi dalam
DUN berkenaan sedangkan semasa menjadi kerajaan pusat dan berjawatan menteri cabinet
pun tidak dapat menunaikan janji tersebut.
Inikan pula
sudah tidak berjawatan di kerajaan pusat dan juga didalam dewan undangan negeri
Johor.
Janji
pilihanraya yang ditawarkan PKR dan Pakatan Harapan (PH) adalah untuk memulihkan Negeri Johor dari
terus lesu dari sector ekonomi dan juga social maka tawaran baru yang lebih realistic
diberikan kepada pengundi Johor kali ini.
Sehubungan
dengan itu juga, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu antara calon kontroversi
ketika menjadi Menteri Pendidikan bagi kerajaan pakatan harapan. Beliau menang
di Parlimen Simpang Renggam atas tiket parti PPBM dan kini melompat menyertai
PKR bagi pilihanraya negeri Johor.
Janjinya
yang paling popular sehingga ke hari ini menjadi ‘nyanyian’ rakyat adalah tol
percuma bagi yang balik ke Simpang Renggam. Janji ini tidak ditunaikan walaupun
beliau anggota jemaah kabinet ketika itu. Muka berkulit tebal tidak malu dan
tidak pernah ada perasaan ingin meminta maaf kepada pengundinya.
Kini ‘ Tora
datang lagi’ dengan janji yang lain pula bagi pengundi Layang-layangn dan juga
seluruh rakyat Johor.
Dulu Tol
percuma, sekarang perjuangkan martabat pendidikan untuk rakyat.
Namun
rakyat tidak bodoh, ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, lebih RM1 bilion
bajet pendidikan dipotong oleh beliau.
Bajet
biasiswa JPA turut dipotong sebanyak RM500juta.
Biasiswa
MARA juga dipotong bajetnya sebanyak RM500juta
Bajet
biasiswa Kementerian Pendidikan RM181 juta turut menjadi mangsa.
Bajet
biasiswa kecil persekutuan untuk murid-murid RM28 juta turut dipotong.
Memansuhkan
skim bantuan baucer buku untuk siswazah RM300 juta.
Kesannya,
ramai anak-anak lepasan sekolah terutamanya bangsa Melayu dari latar keluarga
kurang mampu tidak lagi berpeluang melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih
tinggi kerana bajet biasiswa yang sepatutnya layak mereka terima telah
dipotong. Dan apa Maszlee buat? Apa tindakan beliau?
Apakah
perubahan atau kejayaan dasar pendidikan yang boleh dibanggakan ketika Dr.
Maszlee jadi Menteri Pendidikan dahulu?
Adakah
perubahan warna kasut dan komik propaganda komunis untuk pelajar sekolah
menengah satu kejayaan beliau?
Rakyat
tidak lupa beliau adalah satu-satunya menteri yang dipecat oleh Mahathir. Ada
sebab besar kenapa beliau dipecat.Bangsa Johor, jangan hulur kepala dan jangan
bazirkan undi anda.