#PRNJOHOR : PAS BAKAL JILAT TELUR TEMBELANG BUSUK?



 

Sejauh mana PAS boleh menang? 

Dalam PRN Johor PAS bertanding 14 kerusi berbanding 41 kerusi dalam PRU14 yang lalu. Namun ketika itu PAS bertanding sendirian dan kalah 40 kerusi hanya menang satu kerusi di Bukit Pasir. 

Sebenarnya PAS pada hakikatnya kalah kesemua 41 kerusi jika tidak berlaku kesilapan teknikal dan terbatal pencalonannya oleh calon Bersatu dan undi yang sepatutnya diberikan kpd Bersatu akhirnya diberikan kepada PAS. 

Dengan itu calon PAS Najib Lep menang dengan 9,835 undi mengalahkan Noriah Mamat dari BN yang mendapat 7,952 undi. Majoriti undi yang diperolehi oleh calon PAS hanyalah 1,883 undi. 

Dalam PRN Johor Najib Lep tidak tercalon utk mempertahankan kerusi Bukit Pasir. Menurut sumber dalaman PAS bahawa Najib Leb ditawarkan untuk bertanding di DUN lain namun tidak dipersetujui oleh beliau. 

Akhirnya Najib Lep mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas bagi menunjukkan protes. Walaupun tahu risiko tidak mungkin menang dan bakal dipecat dari PAS tetapi wujud bantahan dari akar umbi PAS agar ADUN lama dikekalkan. 

PAS mengambilkira yang calon BN menurunkan seorang jurutera bertauliah (ir) dari Pemuda UMNO lalu PAS mencalonkan seorang pemegang diploma dalam bidang kejuruteraan awam yang agak seimbang. 

Manakala Najib Lep adalah order lama, seorang pesara tentera berpangkat kapten. Dari segi pertimbangan memang logik Najib Lep diketepikan. Namun jika ditukarkan ke DUN yang lain adakah penerimaan yang sama? 

Ketika UMNO teruk dibantai dalam PRU14 tetapi UMNO dapat mengurangkan majoriti proksi PH + PAS dengan undi majoriti hanya 1,883 sahaja. 

Perlu diingat,  Bukit Pasir adalah antara dua DUN dalam parlimen Pagoh iaitu Bukit Pasir dan Bukit Kepong. DUN Bukit Kepong dimenangi oleh Dr. Sahruddin yang kemudiannya menjadi MB Johor. 

Kini setelah UMNO / BN bangkit semula dirasakan DUN Bukit Pasir akan dimenangi oleh calon BN. 

PAS juga bertanding di Jementah dalam parlimen Segamat. Kerusi ini dimenangi oleh DAP dalam PRU14 dahulu. Komposisi kaum ialah Melayu 40% dan Cina 51%. Dalam PRU14, calon PAS mendapat 6% undi sahaja. Dirasakan PAS tidak akan menang di Jementah. 

Bagi DUN Kemelah dgn komposisi kaum 56% Melayu, 39% Cina dan 5% India dimenangi oleh calon Amanah dlm PRU14 dahulu iaitu Dr.  Sulaiman Mohd Nor yang mempertahankan kerusi ini. Dirasakan peluang calon PAS,  seorang Muslimah PAS utk menang di sini juga agak tipis. 

DUN Serom menjadi medan pertembungan UMNO dan Amanah di mana dlm PRU14 dahulu calon Amanah,  Dr. Faizul menang di sini. Komposisi kaum ialah Melayu 68% dan Cina 12%. Dalam PRU14 dahulu PAS hanya mendapat 10% undi dan hilang wang pertaruhan. Dirasakan adalah sukar utk PAS menang di sini. 

PAS juga bertanding di Simpang Jeram dalam parlimen Bakri. Penyandang ialah Salahuddin Ayub. Dalam PRU14 calon PAS mrmperolehi 8% undi dan hilang wang pertaruhan. Adakah PAS masih berangan-angan utk menang di sini? 

Maharani dalam parlimen Muar pernah diwakili oleh PAS semasa Dr. Mohamad Taslim menjadi ADUN.  Dalam PRU14 beliau kalah kepada calon Amanah. Calon PAS memperolehi 14% undi. Komposisi kaum ialah 61% Melayu dan Cina 38%. Mampukah calon PAS,  Abdul Aziz Talib untuk mengubah nasib di sini. 

Parit Yaani dalam parlimen Sri Gading di mana ahli parlimennya ialah Dr. Sharuddin Mohd Salleh dari PEJUANG. Dulunya dalam Bersatu. DUN Parit Yaani dimenangi oleh Amanah. Calon PAS hanya mendapat 11% undi dan hilang wang pertaruhan. 

Dalam parlimen Batu Pahat,  DUN Penggaram juga ditandingi oleh PAS. Ia adalah kawasan majoriti Cina dgn 60% manakala Melayu 38% sahaja.  Dalam PRU14 dimenangi oleh DAP. Calon PAS hanya mendapat 10% undi dan hilang wang pertaruhan. 

DUN Machap dimenangi oleh BN dalam PRU14. Di sini Melayu membentuk 68% manakala Cina 30%. PAS memperolehi 7% undi dan hilang wang pertaruhan. 

DUN Paloh PAS meletakkan sayap sekutu dari kaum India,  Selvandran. DUN Paloh dan Kahang adalah dua DUN dalam parlimen Sembrong yang diwakili oleh DS Hishammuddin Hussein Onn. Dalam PRU14 Paloh dimenangi oleh Sheikh Omar Ali dari DAP. Dalam PRN Johor dijangka kerusi ini bakal dimenangi oleh BN. 

Bagi kerusi pantai timur Johor,  PAS bertanding di Tenggaroh. Dalam PRU14 BN meletakkan calon MIC dan menang 43% undi. PKR 23% undi, PAS 12% undi dan hilang wang pertaruhan. Ini kerana setiap calon harus mendapat sekurang-kurangnya 12.5% undi utk mengekalkan wang pertaruhan. 

Tanjung Surat adalah DUN paling selatan di bahagian timur Johor. Ia dalam parlimen Pengerang yang diwakili oleh DS Azalina Othman Said. Dalam PRU14 kerusi ini dimenangi oleh UMNO dgn 51% undi. Dirasakan PAS tidak berpeluang langsung utk menang di sini. 

Dalam PRU14 dahulu calon PAS bagi DUN Tiram cuma mendapat 9% undi dan hilang wang pertaruhan. Kerusi ini dimenangi oleh calon keturunan India dari PKR dgn 44% undi dan BN mendapat 33% undi. Komposisi kaum ialah Melayu 57%, Cina 29% dan India 13%.

PAS mencuba nasib di DUN Pulai Sebatang dalam parlimen Pontian yg mana ahli parlimennya ialah Setiausaha Agong UMNO, Tuk Mat Maslan. Dalam PRU14 DUN Pulai Sebatang dimenangi oleh calon Amanah dgn 42% undi. Manakala calon PAS hanya mendapat 9% undi. 

Inilah kesemua 14 calon-calon PAS yg bertanding atas tiket Perikatan Nasional. Walaupun ia akn mendapat undi dari penyokong Bersatu yg sememangnya sedikit,  adakah PAS mampu mengubah nasib? 

Pada pandangan saya, PAS tidak mampu menang walau satu kerusi pun. 

Jika melihat kepada calon GERAKAN yang juga dalam PN tidak mampu menang disebabkan saingan yg kuat dari BN dan PH maka yang tinggal hanya kemenangan dari Bersatu saja. 

Memang jelas yang Perikatan Nasional tidak mampu untuk membentuk kerajaan Johor. Ini memandangkan Bersatu tidak akn menang kesemua kerusi yg ditandinginya.

SUMBER : https://www.facebook.com/hisemudin 



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.