#PRNJohor : SYED SADDIQ SAHKAN TERIMA DANA DARI TAIKUN DAP UNTUK PRN KALI INI?


SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN masih membisu apabila bangsa Johor bertanyakan beliau mengapa menjadi pencadang kepada Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling. 

Syed Saddiq Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang juga Ahli Parlimen Muar masih membisu berkaitan isu berkenaan dan pelbagai andaian dalam fikiran bangsa Johor hari ini.

Menjelang hari pembuangan undi pada 12 Mac ini, Syed Saddiq telah dilebalkan sebagai Hanjing Belaan DAP yang baru selepas PRU14 pengundi muda mula meninggalkan DAP kerana apa yang dijanjikan sebelum itu tidak ditunaikan selepas menjadi kerajaan selama 22 bulan. 

Selain itu Menteri Besar Kedah, Sanusi begitu yakin bahawa MUDA adalah alat kepada DAP dan oleh kerana itu maka golongan pengundi muda di Johor tidak akan mengundi parti tersebut.

Tegas Sanusi, bukti MUDA sebagai alat DAP adalah kerana presidennya sendiri, Syed Saddiq menjadi pencadang bagi calon DAP dan bukannya kepada calon dari parti sendiri sedangkan MUDA bertanding di tujuh DUN.

Sampai ke hari ini Syed Saddiq berdalih dan mengelak dari menjawab kepada media kenapa beliau bertindak mengiringi dan menjadi pencadang kepada calon DAP.

Ramai berpandangan tindakan Syed Saddiq tersebut ada kaitannya dengan perjanjian beliau dengan DAP yang memimpin pakatan harapan.

Berkemungkinan bantuan kewangan untuk menggerakkan jentera MUDA di sepanjang siri kempen pilihanraya kecil negeri Johor.

Mungkin juga kerana bantuan guaman yang diberikan oleh DAP bagi Syed menghadapi dakwaan di mahkamah atas tuduhan pecah amanah wang parti ketika beliau memimpin Armada parti PPBM.

Segalanya mungkin apabila bersangkut dengan wang..

BEBERAPA sumber mengesahkan bahawa MUDA ada menerima dana pilihanraya daripada taikun DAP untuk menggerakkan kempen sehingga 12 mac nanti. SUMBER
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.