Saya setuju dengan pandangan sebahagian kepimpinan PAS bahawa Dr Khairuddin Takiri sepatutnya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Kuala Nerus apabila memilih keluar parti. Itu adalah mandat rakyat kepada parti, bukan kepada individu
Tetapi sahabat sekalian, itulah perasaan saudara-saudaramu di dalam UMNO sebenarnya. Bahkan lebih besar tanggungan hati mereka berbanding kalian semua
Mereka bukan sahaja perlu meredhai kerusi yang UMNO menangi pada PRU lepas dicuri. Malah mereka perlu juga menahan hati dengan mengangkat pengkhianat mandat ini menjadi menteri
Ada yang kata kalau begitu kenapa sertai kerajaan pada Februari 2020?
Sahabatku, kita semua konsisten pada ketika itu agar parlimen dibubar. Tetapi perlembagaan kita menetapkan kuasa pembubaran parlimen itu adalah pada tangan Yang Di Pertuan Agong DENGAN NASIHAT Perdana Menteri.
Masa itu mana ada Perdana Menteri? Siapa yang nak nasihat?
Sebab itu kerajaan PN adalah kerajaan sementara, kerajaan interim. Sebelum kita pulangkan kuasa memilih kepada rakyat semula.
Tapi tanggungan hati saudara-saudaramu di dalam UMNO itu bertambah berat. Sudahlah kerusi dicuri dan perlu mengangkat sama pengkhianat parti menjadi menteri. Kemudian disuruh pula UMNO ini berkompromi - menolong pengkhianat2 ini mempertahankan kerusi.
Apa gila pemikiran macam ini. Letak dimana rasa empati?
Begitu juga bila Dr Khairuddin semalam dedahkan bahawa keputusan PAS sertai PN adalah tidak mengikut perlembagaan parti. Memang betul pun, kita tahu lama dah. Tapi itu hal parti kalian, strategi parti kalian, urusan dalaman parti kalian. Orang lain tak berhak pertikaikan. Saya setuju. 100% saya setuju.
Ada yang kata Dr Khairuddin tak perlu dedah strategi dan isu dalaman parti. Itu amanah dan kerahsiaan yang mesti dijaga. Saya setuju. 110% saya setuju.
Tetapi ketika segelintir pemimpin UMNO dedahkan rahsia parti, bocorkan strategi parti, buat sidang media serang DS Zahid Hamidi, keluar kenyataan menyerang parti, bukankah segelintir kalian juga yang menyokong tindakan itu? Bukankah segelintir daripada kalian juga yang terikut sama menyerang dan mahukan perubahan pada kepimpinan UMNO ketika itu?
Mana istiqamah sebenarnya? Mana prinsip sebenarnya?
Benarlah, kadang-kadang Allah menzahirkan muhasabah itu bukan pada apa yang kita dengar dan baca
Tapi pada apa yang kita rasa.
----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Lumpur