TANAH PULAU REDANG DILULUSKAN KEPADA TAIKO JUDI, PAS TERENGGANU MESTI JAWAB?


SEORANG ahli PAS Terengganu yang menggunakan nama Prof Haraki (FB) mengeluarkan kenyataan bahawa Menteri Besar Terengganu dan Kuala Lumpur Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah meluluskan permohonan TAIKO JUDI Tan Sri 
Vincent Tan  untuk membina lapangan terbang hotel (resort) mewah di Pulau Redang.

Katanya, kelulusan itu berlaku pada tahun pertama PAS mengambil alih pentadbiran Terengganu pada 2018 lalu yang mana permohonan itu sebelum 2018 TIDAK pernah diluluskan oleh kerajaan sebelumnaya walaupun ada permohonan.

Persoalan PERTAMA ; ADAKAH Samsuri membuat keputusan seorang?


INTEGRITI DAN PROJEK DIARAH HENTI OLEH PRESIDEN PAS

Perkara paling asas yang tidak berintegriti ialah Ts Vincent Tan membawa MB bersiar-siar melihat kawasan Projek dengan bot mewah miliknya dan menjamu selera di atas bot mewah. Reality isu ini, Vincent Tan taiko judi terbesar  memohon tapak tanah untuk 2 projek, landasan kapal terbang Pulau Redang dan tanah resort dan keduanya jeti pelabuhan Cruise. 

Dari segi integriti, dia sebagai MB tidak sepatutnya menaiki bot mewah pemohon tanah kerana berlaku conflict of interest. Interest Vincent Tan mahukan harga dan kos tanah murah dan sebagai MB pula mesti dia mahu harga mahal. 

Bila bertembung kepentingan ini, mesti yang pemohon akan berbuat baik sehabis mungkin kepada tukang lulus dan sebagai tukang lulus pula tidak sepatutnya menerima pelawaan melawat dan bersiar2 dengan pemohon. Ini sesuatu yang sangat salah dengan etika dan integriti. 

Projek ini sebenarnya telah diluluskan tetapi apabila Tuan Guru Presiden mengetahuinya, bukan sahaja TGHH arah suruh hentikan bahkan menghubungi YB Exco Arifin Deraman untuk pastikan projek ini berhenti. 

Akhirnya projek ini terpaksa dihentikan walaupun kerja angkut pasir sudah dimulakan di sungai Kuala Terengganu. Isu lapangan terbang pula dinasihatkan henti oleh veteran  keselamatan kerana jika berlaku perang, ia adalah landasan mudah bg musuh mendarat. 

Berbeza dengan lapangan terbang lain biasanya ada penangkis rahsia yang telah disediakan di setiap lapangan terbang. Cuma yang ini hanya beberapa org sahaja yg tahu, hatta exco2 pun tidak dimaklumkan. 

Persoalannya, apa rahsia sebenar Vincent Tan Berminat untuk menaik taraf Lapangan Terbang di Pulau Redang? Kalau tidak kerana halangan Tok Guru, taiko judi terbesar ini dah mula membina projek "ajaibnya" di Terengganu. Kita umat Islam bukan sahaja diajar benci kepada maksiat seperti judi, tetapi kita juga benci kepada taukey dan penganjur maksiat. Apatah lagi untuk bersiar2 dan bermesra.

SUMBER











Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.