TUKIMAN SARDI YAKIN, BN AKAN MENANG DENGAN PERTAMBAHAN MAJORITI

TUKIMAN SARDI,38 tahun
PERTEMBUNGAN 4 penjuru bagi N.37 Johor Lama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini memberi kelebihan kapada Barisan Nasional (BN) untuk terus mengekalkan kerusi tersebut walaupun bacaan dan pola pengundi hari ini sedikit menurun sokongannya.

Calon yang bertanding mewakili BN di Johor Lama Norlizah Noh yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Tinggi sememangnya sudah dikenali bagi pengundi-pengundi muda dan juga mereka yang berada di sekitar Kota Tinggi.

Norlizah (BN) berhadapan dengan calon PKR Omar Mokhtar A. Manap,  Mohamad Alias Rasman (PN) anak bekas calon sedeli yang menang atas tiket BN dan melompat ke PPBM selepas PRU 14 lalu dan  Mohd Shukor Ahmad (Pejuang) iaitu dikatakan oleh pengundi calon kayangan dan tidak dikenali.

Menurut sumber, Alias Rasman menggunakan pengaruh bapanya bagi menarik pengundi di DUN Johor Lama kerana beliau sendiri tidak menetap di Kota Tinggi sebelum ini dan tidak dikenali oleh pengundi kawasan itu.

Alias juga dikatakan menggunakan kuasa wang untuk memancing undi bagi DUN Johor Lama dan risikan yang dibuat Malaysia-Hot beberapa hari ini juga boleh dikatakan bahawa 3 lawan BN itu bakal hilang wang deposit PRN kali ini.

Seorang pengundi Tukiman Sardi, menurutnya semua pengundi yang ada didalam DUN Johor Lama ini sudah membuat keputusannya dan akan diterjemahkan pada 12 mac nanti.

Katanya, tiada yang boleh diharapkan daripada parti-parti lain kerana mereka berjanji bulan dan bintang akhirnya semua hanya tinggal janji sepertimana berlaku semasa PRU 14 yang lalu.

Ïnsya Allah…. BN akan terus kekal di DUN Johor Lama dengan pertambahan majoriti sebelum ini walaupun calon yang terkuat kepada BN datangnya dari anak bekas calon DUN Sedeli dan ditambahkan dengan skandal meraba Srikandi baru-baru ini”, katanya.




 

 

 

 

 

 

                                                                                                                                                     

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.