KEREJAAN (PAS) Negeri Terengganu telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani yang mana beliau menegaskan tiada sebarang kegiatan pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga membawa impak kemusnahan sangat besar ketika banjir melanda Hulu Terengganu, Ahad lalu.
Beliau
sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak, termasuk netizen yang kongsikan
maklumat tidak benar itu dalam media sosial.
"Sebaliknya,
berdasarkan taklimat Tenaga Nasional Berhad (TNB), situasi yang berlaku adalah
disebabkan terjadi gelinciran tanah sehingga menyebabkan tanah runtuh
(berhampiran Stesen Jana Elektrik Sultan Mahmud/SJSM di Kenyir) ketika.
"Ketika
kejadian tanah runtuh itu, turut berlaku fenomena 'kepala air' yang menyebabkan
banyak pokok berhampiran, sampah sarap yang lama dan sisa kayu dahan serta
ranting mati dihanyutkan ke dalam sungai.
"Ia
menyebabkan seolah-olah berlaku 'banjir puing' kerana ada video tular dalam
media sosial memaparkan ratusan kayu hanyut yang didakwa balak oleh orang ramai,"
katanya dipetik dalam laporan BERNAMA.
Menurut sumber orang ramai sekitar Kampung Belukar Bukit dan Bentong, mereka menyaksikan balak-balak hanyut ketika air sungai yang melimpah ke kawasan kampung mereka dan amat mengerunkan.
Salah
seorang yang mahu dikenali sebagai Amran Mat Amin,48, beliau menyaksikan
sendiri bagaimana balak-balak itu menghentam jambatan dan seterusnya beralih
menuju kawasan perumahan penduduk kampung.
Katanya,
selama hidupnya hampir 48 tahun, inilah kali pertama beliau menyaksikan
fenomena yang maha dasyat berlaku dikawasan perkampung mereka. Mana mungkin
fenomena ini berlaku jika tiada manusia lain yang merosakkan khazanah hutan
kawasan ini.
Mereka (pemimpin)
boleh berkata apa sahaja untuk menyangkal tomahan dan kritikan rakyat akan
tetapi hakikat sebenar harus didedahkan untuk pengetahuan rakyat dan bukan
hanya menyedapkan hawa telinga sahaja. Mesti mengambil langkah-langkah yang
perlu untuk menghalang kejadian seumpana ini berlaku lagi, tambah Amran.
Selain itu
beberapa buah rumah dipersekitaran kampung berkenaan telah dibanjiri lumpur
yang setebal 10 kaki didalam rumah dan luar rumah yang mengakibatkan kerosakkan
seratus peratus (100%) harta benda rakyat.
Taukey dan
perasuah balak bersenang lenang, rakyat menanggung akibat dari hasil mereka?
Mereka boleh berselindung dengan perwatakan dan pakaian mereka akan tetapi
hakikatnya yang menderita adalah rakyat.
Tiada sedikit peranan kerajaan negeri untuk membersihkan kawasan-kawasan tersebut dan yang ada hanya bantuan serta pertolongan ngo-ngo serta rakyat Terengganu dan Luar Terengganu dalam misi kemanusian di Hulu Terengganu.
Kerajaan
PAS Terengganu cukup-cukuplah menyeksa rakyat dengan meluluskan kawasan-kawasan
pembalakan yang berhampiran kawasan kediaman atau perkampung sepertimana berlaku
di Kampung Belukar Bukit, Bentong dan kawasan sekitarnya.
“paku
dulang, paku serpih… kata orang, die yang lebih”