VIDEO : PAS TERENGGANU RAKUS MEMBALAK, RAKYAT MENANGGUNG AKIBATNYA - BANJIR LUMPUR?


Musibah Banjir yang berlaku akhir-akhir ini kebanyakkannya akibat tangan-tangan manusia yang rakus mengondol khazanah hutan negara. Hutan sebagai pusat tadahan air hujan kini semakin rosak akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab daripada mereka yang berkuasa.

Terbaru bencana banjir yang berlaku di Negeri Terengganu dimana kawasan yang paling terjejas teruk adalah di daerah Hulu Terengganu yang menerima limpahan air hujan tertinggi dalam sejarah banjir negeri itu.

Gambaran suasana lepas banjir amat ngeri untuk disaksikan kerana pelbagai jenis dan saiz balak bergelimpangan ada dimana-mana kawasan terutama disekitar aliran sungai yang terlibat.


MENURUT lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu, Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) telah menidakkan bahawa banjir yang berlaku itu adalah salah satu punca daripada pembalakan yang berleluasa dari kelulusan kerajaan negeri.

Tinjauan telah dilakukan siang tadi di Kampung Belukar Bukit yang dikatakan menghanyutkan kayu balak.
Temubual bersama kebanyakan penduduk di sini yang telah menetap lebih 50 tahun menafikan perkara tersebut.
Kata mereka,
"Isu balak itu tidak betul, sebaliknya pada malam sebelum kami ditenggelami banjir, kami mendengar dan melihat tanah runtuh.
"Tanah runtuh turut memusnahkan pokok, air banjir menghanyutkan pokok, tiada pembalakan sebagaimana didakwa, jika lihat pokok pun, ia bersekali dengan akar,".
Berita lanjut menyusul.


Rata-rata penduduk berkata, banjir kali ini bagi daerah Hulu Terengganu sangat teruk dan lebih teruk daripada tahun 2014 yang lalu dimana banjir tahun tersebut digelar sebagai "Bah Kuning" yang mana negeri Kelantan tengelam sepenuhnya dan Terengganu sebahagiannya di Kemaman ketika itu.



Kali ini akibat kawasan tadahan air hujan diceroboh dengan rakusnya oleh mereka yang berkuasa (Kerajaan PAS Terengganu) meluluskan puluhan ribu ekar hutan untuk dihalalkan pembalakan secara berleluasa sehinggakan mereka menubuhkan satu konsurtium sendiri untuk mengaut hasil hutan Terengganu. (https://www.malaysia-hot.com/2022/02/viral-isu-balak-terengganu-siapa.html)




SEJARAH pemerintahan PAS Terengganu berulang kembali dan ianya terbukti dengan petunjuk dari Allah SWT bahawa mereka yang menggunakan nama dan agama Allah untuk kepentingan politik dan diri akan dibuka hijabnya oleh Yang Maha Kuasa.

Buktinya BAH KUNING Kelantan 2014 dan Banjir Lumpur Terengganu 2022


SETERUSNYA MENYUSUL .....

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.