𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗜-𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮𝗠/𝟭𝟰𝟰𝟯𝗛

Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500

Pendapatan isi rumah antara RM 2,501 - RM 5,000


𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧-𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗜-𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮
1. Rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu sahaja semasa memohon
2. Kategori A: Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun)
3. Kategori B: Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2501.00-RM5000.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
4. Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
5. Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Teréngganu.
6. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon
7. Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon
8. Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon KECUALI pendapatan jumlah pendapatan isi rumah memenuhi syarat kategori.
9. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.
10. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada JPKK bersama-sama salinan dokumen berikut:
a. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
b. Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan
c. Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK
d. Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak)
11. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
12. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.