Seramai 709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd mendapat pampasan setelah mereka ditamatkan perkhidmatan pada November 2014.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap bekas pekerja itu menerima bayaran antara RM3,000 hingga RM21,000 seorang.
"Setelah lebih tujuh tahun kes mereka dibicarakan di mahkamah, akhirnya ia diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Pampasan Bekas Pekerja Perwaja di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Kemaman di sini pada Ahad.
AKAN MENYUSUL