BERJIWA BESAR, BERSOLIRADITI ADALAH BUDAYA UMNO-BN, ISMAIL SABRI CALON TUNGGAL PM PRU 15

 


Manifestasi berjiwa besar, tidak wujud kem di dalam UMNO dan bukti adanya soliraditi yang semakin kukuh di dalam UMNO BN apabila semalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat keputusan menamakan YAB Dato Seri Ismail Sabri sebagai calon tunggal Perdana Menteri selepas pilihanraya umum ke 15.

Keputusan mensyuarat badan tertinggi UMNO itu juga menunjukkan kesungguhan UMNO melakukan pengstrukturan kepimpinan bagi menyakinkan rakyat bahawa parti UMNO sedia dan sentiasa memperbaiki kelemahan demi mencapai sebuah parti yang tulin integritinya.

Malah Presiden UMNO, Timbalan Presiden dan Naib-naib presiden parti serta ahli majlis kerja tertinggi telah sekian lama membuat penilaian prestasi terhadap kepimpinan Ismail Sabri sejak beliau mengambil alih jawatan perdana menteri dari Muhyiddin Yassin.

Siri kejayaan pentadbiran negara oleh Ismail Sabri adalah antara faktor utama bukan sahaja negara mendapat kembali keyakinan pelabur luar tetapi siri kejayaan beliau juga telah menyakinkan kembali rakyat kepada parti UMNO sejak kalah teruk di pilihanraya umum ke 14 yang lalu. Hasilnya UMNO BN menang besar di beberapa pilihanraya kecil dan keputusan kemenangan menakjubkan di pilihanraya negeri Melaka dan Johor. Selain sumbangan dan kerja kuat seluruh kepimpinan BN sepanjang tempoh kempen.

Impak positif inilah yang dijadikan sandaran parti UMNO betapa susuk tubuh Ismail Sabri mampu memenangkan UMNO BN pada pilihanraya umum ke 15 kelak.

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi itu juga dengan sendirinya menafikan fitnah dan adu domba kumpulan yang selama ini cuba melaga-lagakan kepimpinan tertinggi UMNO terutamanya antara Presiden parti dengan Ismail Sabri itu sendiri.

Cukup-cukuplah menjadi barua politik berbayar, sudah-sudahlah menjadi batu api memecah belahkan UMNO BN demi kepentingan politik peribadi.

Inilah masanya UMNO BN memberikan fokus agar kemenangan mutlak dapat dicapai pada pilihanraya umum ke 15 nanti.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.