KENYATAAN media Zamil Ibrahim yang terbaru dilihat sebagai menuduh Ismail Sabri sedang bersekongkol dengan Muhyiddin Yasin untuk menunda Pilihan Raya Umum(PRU) ke 15 dengan menyerahkan jawatan PM kepada Muhyiddin.
Apakah benar yang ada ura-ura untuk Ismail Sabri serah kembali jawatan Perdana Menteri kepada taukeh beliau iaitu Mahyudin Yasin pada bulan April ini. Saya harap ini tidak benar sama sekali. - Zamil Ibrahim
Zamil sangat konsisten menyerang Perdana Menteri Ismail Sabri seolah-olah beliau dibayar untuk berbuat demikian. Jika benar, siapakah yang membayar beliau untuk bertindak sedemikian.
Perkara tersebut sangat tidak logik. Ramai pihak minta agar Zamil tidak bertindak melontar sesuatu perkara yang tiada kesahihan sama sekali.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ketika Zamil berada dalam parti PKR dahulu, beliau menggunakan modus operandi yang sama untuk menyerang kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Apakah tujuan Zamil menyerang PM sekarang ini? Adakah beliau merupakan "Trojan Horse" untuk memecah belahkan UMNO.
Sekiranya beliau sudah bertaubat ketika menyertai UMNO, Zamil sepatutnya tidak mengulangi "perangai" beliau sepertimana semasa dalam PKR dahulu. Ramai pihak menasihati beliau agar benar-benar berubah demi UMNO. Hentikan perangai mendambu dombakan ahli umno dengan kenyataan yang dilihat berniat jahat. Semoga Allah S.W.T. bukakan pintu hati Zamil sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Sepatutnya kita menyerang pembangkang yang sememangnya musuh nyata kita bukan menyerang sesama sendiri sebagaimana yang Zamil lakukan. Beliau menyerang kepimpinan UMNO yang menerajui kerajaan ketika ini.
Zamil sebelum menyertai UMNO adalah orang kuat Anwar Ibrahim di dalam parti PKR. Atas sebab tidak mendapat apa yang beliau hajati maka beliau tinggalkan PKR dan menyertai UMNO.
Namun nasib malangnya di dalam politik tidak menyebelahinya. Khabarnya atas sebab yang sama juga beliau keluar dari UMNO dan menyertai parti KITA dan terkini dikatakan cuba untuk mendapat tempat di dalam UMNO kembali.
Cara Zamil untuk keluar dan masuk di dalam mana-mana parti politik adalah sama. Modusnya tidak berubah, beliau akan menyerang mana-mana parti yang ingin beliau tinggalkan dengan bermain persepsi jahat. Kalau dahulunya Najib Razak adalah sasaran utama beliau.
Hampir setiap hari beliau menyerang kepimpinan Najib dan sekarang tanpa segan silu beliau cuba memburukkan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Cara yang sama, merekayasa fitnah walaupun isu yang beliau cuba ketengahkan adalah isu yang tidak ada logiknya. Janji beliau boleh mengeluarkan video dan sebarkan seolah-olah ingin membuktikan kepada ‘tuannya’ bahawa barua sedang bekerja.
Mungkin ada tuan yang membayar beliau, masakan tidak, hampir setiap hari ada sahaja isu yang beliau sengaja ketengahkan demi mencalarkan imej Ismail Sabri.
Mungkin juga pihak tertentu mulai rasa panasnya bahang dengan kejayaan demi kejayaan yang dibuktikan oleh Ismail Sabri memimpin negara dan rakyat. Bahkan negara luar juga mula kembali menaruh keyakinan kepada gaya kepimpinan Ismail yang sederhana tetapi cukup berfokus.
Cemburu dan iri hati dengan kejayaan Ismail maka barua yang mudah disuap dengan dedak adalah Zamil.
Tunggu saja esok, mesti ada lagi cerita rekaan beliau untuk memburukkan nama Ismail Sabri.
UMNO tidak perlukan individu yang menyerang sesama sendiri.