ISMAIL SABRI PERMATA BAHARU KEPADA UMNO,BN DAN NEGARA


PADA tanggal 8 Mei 2018 Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu dimana sejarah kegelapan Barisan Nasional (BN) dan UMNO setelah kalah dan menjadi pembangkang di dalam Dewan Rakyat.

Selama hampir 60 tahun mentadbir Negara akhirnya BN kalah dengan segala fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Harapan (PH) serta manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat terutama golongan muda serta pengundi kali pertama ketika itu.

Sejarah gelap Negara berlaku hampir 38 bulan apabila kerajaan dibawah PH (DAP,PPBM,PKR & AMANAH) yang banyak menghancurkan negera dengan pelbagai perkara yang dilakukan terutama kepada hak bumiputera serta telah menjual beberapa asset dan kepentingan Negara.

Pada ketika itu juga pada tanggal 7 Mac 2019 Ahli Parlimen Bera Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang mengantikan Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mana telah diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO Dato; Sei Utama Mohamed Hasan.

LINK : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/03/538461/ismail-sabri-ketua-pembangkang-baharu

Selepas itu peranan ketua pembangkang telah disempurnakan dengan begitu baik oleh Naib Presiden UMNO sehinggakan UMNO kini menjadi ketua kerajaan dalam masa tempoh 3 tahun.

Ahamdulillah dengan kebijaksanaan pemimpin UMNO dan Ismail Sabri diangkat menjadi Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 sebagai PM ke 9 negara sehingga kini.

LINK : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/854128/ismail-sabri-angkat-sumpah-jawatan-perdana-menteri-ke-9

Dalam melalui suasana yang sukar dengan pendamik covid 19 serta bencana banjir yang luar biasa, pelbagai inisiatif diberikan kepada rakyat yang terlibat dibawak kepimpinan Ismail Sabri dan tidak dinafikan sumbangan idea serta gerak kerja yang berkesan daripada semua pihak termasuk kepimpinan UMNO yang telah banyak menjayakan pelbagai dasar keluarga Malaysia dibawa oleh PM ke 9 itu.

UMNO mempunyai banyak pimimpin yang boleh diangkat menjadi PM akan tetapi Ismail Sabri mempunyai kelebihan dalam mentadbir Negara dek kerana pengalamannya dalam menguruskan Negara terutama kementerian-kementerian dibawah seliaannya sebelum ini.

Dengan pengalaman itu, Ismail Sabri telah melakukan yang terbaik dalam tempoh 6 bulan menjadi PM semenjak dilantik pada ogos 2021 yang lalu. Kini Negara telah bermula difasa endamik C19 yang mana memerlukan sokong serta dokongan untuk memacu Malaysia agar terus menjadi Negara kearah yang lebih baik.

Pada mesyuarat terakhir Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia beberapa minggu lalu, MKT telah membuat keputusan yang tepat untuk menjadikan Ismail Sabri sebagai calon PM selepas PRU 15 nanti dan ianya disambut baik oleh kepimpinan UMNO pusat, negeri, bahagian dan juga cawangan-cawangan seluruh Negara.

LINK : https://www.malaysia-hot.com/2022/04/ismail-sabri-pilihan-tepat-calon-pm.html

ISMAIL SABRI adalah pilihan yang tepat kepada UMNO dan BN untuk terus dengan agenda memperkasakan ummah dibawah dasar #Keluarga Malaysia yang mana sangat diterima baik oleh semua lapisan masyarakat serta rakyat keseluruhannya.

Pemilihan Ismail Sabri kali ini telah membuka mata semua pihak yang mana sebelum ini sinis menidakkan keupayaan beliau memacu Negara sehinggakan kembali mendapat kepercayaan pelabur-pelabur luar Negara sepertimana yang diumumkan sebelum ini.

Keutamaan beliau untuk memacu Negara kearah yang lebih baik selepas ini dengan dasar keutamaan rakyat semakin mendapat sambut yang baik dari segenap lapisan rakyat khasnya.

Malaysia-Hot hairan, mengapa ada usaha-usaha untuk menidakkan keupayaan Ismail Sabri sedangkan dalam tempoh 6 bulan sahaja beliau telah Berjaya memakmurkan rakyat dan juga Negara.

MH berharap kepada semua musuh DSIS kali ini agar memberi peluang kepada beliau untuk mencorakkan masa depan Negara dengan bantuan pimpinan hebat daripada UMNO dan BN keseluruhannya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.